Mercedes-Benz Malaysia Adakan Sesi Latihan Tangani Insiden Kebakaran EV Dengan Bomba

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi latihan khas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menangani insiden kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV).
Inisiatif ini dilaksanakan sejajar dengan peningkatan jumlah kenderaan elektrik bateri (BEV) yang dipasarkan dan dijual di Malaysia. Setakat separuh pertama tahun ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan bahawa sejumlah 6,617 unit BEV telah dijual.
"MBM komited untuk menyokong aspirasi negara menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV)," kata MBM melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Latihan Kecemasan EV yang Komprehensif




Tambahnya, inisiatif terbaru ini mengukuhkan tanggungjawab korporat mereka sebagai syarikat pengeluar EV. Latihan kecemasan EV yang komprehensif ini dijalankan di Akademi Latihan yang canggih MBM yang terletak di Puchong, Selangor.
Menurut MBM, program latihan ini direka khas untuk memenuhi keperluan penting ini dengan menawarkan maklumat penting mengenai teknologi dalam kenderaan elektrik dan amalan terbaik industri dalam menguruskan EV dalam pelbagai situasi mencabar.




Lebih daripada 40 anggota bomba menyertai latihan yang telah diadakan yang merangkumi aspek teori serta pengalaman praktikal untuk menguruskan insiden EV dengan selamat. Ini termasuk pengenalpastian model EV, pengendalian kenderaan dan bateri bervoltan tinggi, penggunaan pengimbas bateri dan selimut kebakaran, protokol kecemasan dan penggunaan aplikasi Mercedes-Benz Rescue Assist.
Aplikasi Mercedes-Benz Rescue Assist
Aplikasi Mercedes-Benz Rescue Assist membolehkan responden mengakses maklumat penting kenderaan dengan cepat. Penyelamat juga didedahkan kepada cara untuk mencari dan mengimbas kod QR, yang membolehkan mereka mendapatkan data spesifik kenderaan dengan pantas, walaupun dalam situasi di mana kod QR tidak dapat diakses.
Meningkatkan Keselamatan dan Kecekapan Operasi

"Ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan responden dan penghuni kenderaan, tetapi juga meminimumkan masa respons dan memaksimumkan kecekapan operasi," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia, Amanda Zhang.
Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan Mercedes-Benz Cars Malaysia, Edmin Naidoo menambah, "[Sesi] menyampaikan kepakaran ini kepada pihak bomba adalah selaras dengan komitmen kami untuk mengekalkan standard keselamatan dan perkhidmatan tertinggi."

Penguasa Kanan Bomba (PgKB) I, Mohd Tilmizi bin Mustapa berkata bahawa adalah penting untuk responden kecemasan dilatih mengenai prosedur keselamatan bagi mengendalikan kenderaan dan bateri bervoltan tinggi, serta menggunakan pengimbas bateri untuk menilai keadaan bateri.
Beliau juga menyatakan bahawa latihan khusus seperti ini mengurangkan risiko semasa insiden dan meningkatkan kecekapan serta keselamatan pasukan bomba, membolehkan mereka menguruskan situasi dengan lebih berkesan sambil meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang awam.
Baca: EV Jadi Pilihan Golongan M40, Kereta Mampu Milik Golongan B40 – Kenanga Research
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge