Nak Beli MINI, Ada "Genius"Yang Akan Bantu Anda!

MINI Malaysia memperkenalkan kumpulan pertama MINI Genius di Malaysia, dimana enam individu MINI Genius telah dilatih dan ditempatkan di enam pusat pengedar MINI.
Penempatan mereka adalah bertujuan untuk meningkatkan perhubungan dan perkhidmatan yang lebih peribadi untuk pelanggan MINI.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, pihaknya akur dimana wujud sesetengah pelanggan yang mahukan pembelian kenderaan baharu menjadi satu pengalaman cukup peribadi.
Menerusi MINI Genius, MINIac sedia ada dan akan datang dapat menikmati bimbingan daripada pakar dan perhatian khusus agar mereka memahami sepenuhnya setiap ciri dan fungsi kenderaan MINI idaman mereka.
“Kami mempercayai bahawa bantuan yang diperibadikan ini bukan sahaja membantu mereka dalam membuat keputusan termaklum, malah memupuk hubungan yang lebih mendalam bersama MINI mereka.
“Dari permulaan perjalanan MINI, pelanggan dapat benar-benar merasakan BIG LOVE melalui interaksi khusus ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, MINI Genius dipilih dengan teliti dan dilatih secara rapi oleh Pusat Latihan Serantau BMW Group di Cyberjaya.
MINI Genius dikatakan cukup mahir dalam proses jualan masa kini, selain mereka turut memanfaatkan minat terhadap media baharu dan teknologi moden untuk mewujudkan persekitaran jualan yang bebas tekanan buat pelanggan MINI.
Difahamkan, peranan mereka bukan sahaja sekadar penasihat jualan tetapi turut terlibat dalam menjalankan analisis keperluan dan pembentangan produk, sehingga sesi pandu uji.
Antara pusat pengedar utama di mana kumpulan pertama MINI Genius ditempatkan adalah:
1. Auto Bavaria
2. Ara Damansara
3. Auto Bavaria Kuala Lumpur
4. Auto Bavaria Balakong
5. Auto Bavaria Tebrau
6. Wheelcorp Premium Setia Alam dan Ingress Auto Bangsar.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://www.bmwgroup.com/en.html.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
MINI Countryman S ALL4 2025 – CKD, Versi Petrol, Capai 201 HP, Dari RM259,000
MINI Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran varian petrol terbaru bagi Countryman generasi ketiga (U25) iaitu MINI Countryman S ALL4.
08-01-2025
Lebih 500 Pemilik MINI Serikan Malaysia MINI Day
Acara Malaysia MINI Day yang julung kalinya diadakan berjaya menarik penyertaan lebih 500 pemilik kereta MINI.
28-10-2024
Stesen Pengecas EV ChargeSini & MINI Malaysia di Four Seasons Place Diberi Nafas Baharu
ChargeSini bersama-sama dengan MINI Malaysia, telah melancarkan stesen pengecasan EV yang telah dinaiktaraf di The Shoppes, Four Seasons Place, Kuala Lumpur.
20-09-2024
MINI Malaysia Perkenal Program MINI Impact – Program Intensif untuk Startup Teknologi
MINI Malaysia telah melancarkan Program MINI Impact oleh URBAN-X.
15-08-2024
Harga Rasmi MINI Cooper S & Countryman Diumumkan – Dari RM258,888
MINI Malaysia mengumumkan harga rasmi MINI Cooper S dan juga dua model Countryman generasi ketiga.
12-07-2024
MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888
MINI Malaysia hari ini telah melancarkan MINI Cooper SE. Ini spesifikasinya...
12-07-2024
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge