Saga Punca Jualan Proton Pada Jun Cecah Lebih 10K

Pengeluar kereta nasional PROTON menjual 10,999 unit pada bulan Jun (domestik dan eksport) sekali gus mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dalam carta jualan automotif.
Mana tidaknya, sebahagian jualan itu datang daripada hasil jualan Proton Saga kerana model ini sudah lama bertahta di hati rakyat Malaysia.
Jualan Proton Saga sahaja mencatatkan jualan sebanyak 5,441 unit pada bulan Jun, sekali gus menjadikan jumlah jualan YTD kepada 34,838 unit.
Bagaimanapun, jumlah jualan untuk bulan tersebut terganggu akibat penutupan kilang selama seminggu yang dirancang untuk peningkatan operasi berjadual.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, enam bulan pertama tahun 2024 adalah tempoh konsolidasi bagi PROTON.
“Jadi, walaupun penutupan kilang memberi kesan jangka pendek terhadap jumlah jualan kami, kecekapan yang diperoleh hasil daripada kerja yang dilakukan sudah membantu kami mengejar volum pada separuh kedua tahun ini."
"Kami juga gembira melihat pelancaran Proton X50 2024 baru telah disambut dengan permintaan yang kukuh dari pasaran,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Tambah beliau, model tersebut akan menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang mencari SUV segmen B.
“Kami mengharapkan respons yang sama dari pasaran apabila kami mengumumkan Proton X70 2025 yang telah mengalami pembaharuan yang besar.
Dengan model baharu smart bakal dilancarkan tidak lama lagi dan ketibaan model EV pertama daripada e.MAS, pasaran boleh menjangkakan lebih banyak perkembangan positif daripada PROTON untuk separuh kedua tahun ini,” katanya.
Melihat kepada angka jualan itu, Proton mendedahkan bahawa Proton X50 kembali ke tangga teratas kelas SUV segmen B dengan 1,711 unit terjual, dengan mencatatkan prestasi yang terbaik selama tiga bulan.

Satu lagi model yang menjadi peneraju segmennya adalah Proton S70, dimana 1,440 unit dijual pada bulan Jun.
Selain itu, Proton Saga sudah pastinya bertahta di hati rakyat Malaysia kerana ia mencatatkan jualan sebanyak 5,441 unit pada bulan Jun, sekali gus menjadikan jumlah jualan YTD kepada 34,838 unit.

Secara purata, lebih daripada 5,800 unit telah dijual setiap bulan, menjadikannya salah satu kenderaan yang terlaris di negara.
Tidak ketinggalan Proton Persona dimana model ini juga kejayaan dengan cara tersendiri apabila jualannya mencecah kepada 1,309 unit pada bulan Jun.
Hasil jualan itu sudah memadai untuk menduduki tempat kedua teratas untuk bulan tersebut danmengekalkan kedudukannya sebagai model sedan segmen B yang kedua terlaris tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge