Silvia Bakal Muncul Semula Tapi Pada Harga Mampu Milik

Dikhabarkan Nissan akan membawa semula Nissan Silvia namun kembali sebagai kereta sport mampu milik.
Naib Presiden Bahagian Strategi Produk dan Perancangan Produk Global Nissan, Ivan Espinosa, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan semula Silvia.
Namun model itu akan diletakkan di bawah barisan GT-R yang mana pengeluarannya dikatakan akan dihentikan tidak lama lagi.
Dengan papan nama yang masih mempunyai ramai peminat di seluruh dunia, Espinosa membayangkan Silvia baharu bakal menampilkan "kuasa yang cukup baik pada harga sesuai yang membuatkan pelanggan berasa menarik.
"Peluang sudah ada, tetapi akhirnya, ia adalah perniagaan, jadi saya perlu mencari cara untuk membuat cadangan ini menjadi menarik di mata syarikat.


“Kadang-kala kereta seperti ini hanya berhadapan dengan penggemar kereta yang tidak begitu besar, tetapi ia boleh berfungsi jika kita menemui idea yang tepat yang boleh dijalankan di serata dunia,” kata Espinosa kepada laman berita automotif, Top Gear UK.
Mengenai ketersediaan model itu, Espinosa menegaskan bahawa Silvia baharu tidak akan menjadi model eksklusif atau terhad kepada pasaran tertentu sahaja.
Sebaliknya, pihaknya mahu menjadikan kereta itu lebih mudah diakses di seluruh dunia.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa ia akan menjadi cabaran besar untuk menghidupkan semula Silvia, tetapi dengan formula dan harga yang mampu milik, beliau optimis bahawa kereta sport akan membuahkan hasil.
“Kami tidak boleh melakukan produk ini secara serantau atau secara sekali sahaja kerana langkah itu dilihat tidak masuk akal.
“Ia akan menjadi satu cabaran, tetapi ia sudah menjadi tugas saya untuk mencari cara melakukan perkara seperti ini kerana saya fikir ia akan menjadi hebat untuk pelanggan dan pihak syarikat.
“Jika saya boleh meletakkan formula yang betul, kami boleh menghasilkan Nissan Silvia mampu milik,” tambahnya.
Memandangkan Espinosa merancang untuk menjadikan Silvia baharu sebagai kereta sports mampu milik, kami boleh menjangkakan bahawa model baharu itu mampu menentang kereta sports JDM 'peringkat permulaan' seperti Toyota GR86, Subaru BRZ, Mazda MX-5, dan Honda Prelude hibrid yang akan datang.

Biarpun Espinosa tidak menyatakan mengenai rangkaian kuasa Silvia baharu, terdapat kemungkinan model baharu ini mungkin mengikut rentak model separa elektrik yang diambil oleh Prelude.
Ini kerana pembuat kereta itu telah berjanji untuk mengeluarkan 30 model elektrik baharu (EV dan hibrid) dalam beberapa tahun lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1817
SELANGOR
BST1296
JOHOR
JC8435J
PULAU PINANG
PSE9277
PERAK
APK8472
PAHANG
CFH5129
KEDAH
KGH6528
NEGERI SEMBILAN
NEL5286
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat