ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

smart #3 Kini Rasmi di Pasaran – 3 Varian, Capai 455 KM, dari RM175,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMb-SMART-3-DILANCARKAN-DI-MALAYSIA-pavilion.png


smart #3 kini ditawarkan di pasaran dalam tiga varian bermula daripada RM175,000.


Setelah pendaftaran minatnya dibuka pada awal Mei lalu, smart Malaysia (PRO-NET) hari ini telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, smart #3, untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran dalam tiga varian iaitu Brabus, Premium dan Pro pada harga yang bermula daripada RM175,000, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


TRENKUASA & PRESTASI SMART #3


Varian Pro dan Premium menggunakan satu motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang yang menghasilkan kuasa sebanyak 272 ps (200 kW)/ 343 Nm, memberikannya kemampuan untuk mencapai 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 180 km/j. 


Sementara itu, Brabus pula diberikan dua motor elektrik, pacuan semua roda (AWD) dengan output kuasa 428 PS (315 kW)/ 543 Nm. Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa jauh lebih pantas, 3.7 saat. Mod pelancaran ‘Roket’ turut disediakan. 


web_press_smart--3-Brabus_-3.jpg


Varian Pro diberikan bateri LFP berkapasiti 49 kWj yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 325 km dengan cas penuh, lebih 10 km berbanding smart #1 Pro. Bateri boleh dicas dengan pengecas AC 7.4kW dan DC 130kW.


caricarz_sn_smart-hashtag-3-launched_20.JPGcaricarz_sn_smart-hashtag-3-launched_5.JPG


Pengguna boleh mengakses 80% pengecas EV daripada pelbagai operator di serata Malaysia dengan mudah melalui aplikasi Hello smart (kiri). Varian Premium dan Brabus boleh dicas pantas (DC) daripada 0-80% dalam masa kurang 30 minit (kanan).


Varian Premium dan Brabus pula menggunakan bateri NMC 66 kWj yang memberikan jarak perjalanan sehingga 415 km untuk Brabus (dua motor) dan 455 km untuk Premium, kedua-duanya 15 km lebih jauh berbanding varian sama bagi smart #1. Bateri boleh dicas dengan pengecas AC 22kW dan DC 150kW.


REKA BENTUK SMART #3


web_press_smart--3-Brabus_-8.jpg

web_press_smart--3-Brabus_-9.jpgweb_press_smart--3-Brabus_-10.jpg


Reka bentuk luaran smart #3 Brabus.


SUV coupe smart #3 dibina menggunakan platform 'Sustainable Experience Architecture' (SEA) oleh Geely yang mampu menampung  400 volt dan 800 volt. Model lain yang dibina dengan platform sama ialah smart #1, tidak hairan mengapa #3 mempunyai rekaan yang hampir sama dengan SUV tersebut.


Dari segi dimensi, smart #3 berukuran 4,440 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,600 mm tinggi dan dengan jarak antara roda 2,785 mm. Model ini  adalah lebih rendah, tetapi lebih panjang daripada smart #1. Selain itu, bentuknya juga agak berbeza jika dilihat daripada garis bumbung yang lebih landai, memberikannya gaya coupe yang lebih sporty. 


Caricarz-Web-TA-smart-3-Launch-10.jpgCaricarz-Web-TA-smart-3-Launch-9.jpg


Model ini diberikan bentuk badan yang lebih aerodinamik berbanding smart #1 dengan  pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.27 cd berbanding 0.29 untuk #1. 


Dari segi kelengkapan, Pro diberikan lampu depan LED ‘CyberSpark’ dan rim ‘Flux’ berukuran 19 inci. Premium pula diberikan  lampu depan LED dengan bantuan lampu suluh tinggi adaptif dan rim 19 inci yang sama  dalam rekaan berbeza, ‘Torque’. 


Varian tertinggi, Brabus, diberikan reka bentuk yang lebih agresif dan sporty dengan rim Synchro 20 inci, kaliper brek merah dan spoiler yang lebih menonjol. 


KABIN  SMART #3


web_press_smart--3-Brabus_-22.jpgweb_press_smart--3-Brabus_-18.jpgweb_press_smart--3-Brabus_-14.jpgweb_press_smart--3-Brabus_-15.jpg


Kabin smart #3 Brabus.


Seperti smart #1, ruang kabin smart #3 juga tampil futuristik dengan pelbagai ciri canggih termasuk papan pemuka (dashboard) berbentuk T dan juga skrin infotainmen 12.8 inci yang sama, tetapi kini hadir dengan corong pendingin hawa berbentuk bulat di bahagian tengah seperti dalam Mercedes-Benz. 


Kelengkapan standard lain ialah kluster instrumen 9.2 inci, tempat duduk boleh laras automatik dengan fungsi pemanas (depan) dan kawalan pendingin hawa satu zon. 


Varian Premium diberikan kelengkapan premium tambahan termasuk pakej audio premium Beats 13 speaker, papar pandu (HUD), sensor kaki untuk bukaan but belakang dan lampu ambien.


Varian Brabus tampil lebih sporty dengan tempat duduk suede mikrogentian, tali pinggang merah dan bumbung ruang dalam yang berwarna hitam sepenuhnya. Sterengnya diberikan balutan Alcantara dengan logo Brabus dan pedal aluminium. Selain itu, pada penyandar kepala untuk kedua-dua barisan tempat duduk terdapat logo ‘B’.


Screenshot-2024-07-10-at-4.27.01-PM.png


smart #3 tampil dengan pelbagai ciri keselamatan penting. 


HARGA & WARANTI SMART #3


Caricarz-Web-TA-smart-3-Launch-14.jpg


Smart #3 ditawarkan pada harga bermula daripada RM175,000 untuk varian asas, Pro, RM215,000 untuk Premium dan RM255,000 untuk Brabus, harga yang ditanyakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans. Untuk perbandingan, smart #1 dipasarkan pada harga RM169,000 (Pro),  RM209,000 (Premium) dan RM249,000 (Brabus). 


caricarz_sn_smart-hashtag-3-launched_15.JPG


Pilihan warna yang ditawarkan.


Pembelian adalah termasuk jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 200,000 km, jaminan komponen EV 8 tahun atau 150,000 km, sebagai tambahan kepada jaminan asas kenderaan, 4 tahun tanpa had perbatuan dan jaminan alat ganti selama 2 tahun tanpa had perbatuan. Selain itu, smart turut menyediakan bantuan servis tepi jalan 24/7. 

Sehingga 31 Julai ini, pembeli juga akan mendapat pakej berikut:

  • Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2 tahun
  • Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2 tahun
  • Pakej Aksesori Percuma dengan 6 barangan bernilai RM2,500
  • 5 tahun Data Internet 60 GB secara percuma 

Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX8342

SELANGOR

BSU9432

JOHOR

JH2084J

PULAU PINANG

PSH3240

PERAK

APM8236

PAHANG

CFJ3746

KEDAH

KGJ7613

NEGERI SEMBILAN

NEM5483

KOTA KINABALU

SJV1173

KUCHING

QAB9726P

Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Terima Proton e.MAS 7, smart #1, smart #3.

PRO-NET menyerahkan beberapa kenderaan elektrik (EV) kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), semalam.

27-08-2025
EV

Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina

Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun.

24-01-2025
EV

Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk

smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.

13-11-2024
EV

smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow.

20-09-2024
Berita Auto

Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan

smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.

04-09-2024
EV

Program smartCo Khas untuk Pemilik EV smart Diperkenalkan – Tawaran Eksklusif, Peluang Perniagaan

smart Malaysia (PRO-NET) memperkenalkan inisiatif terbarunya, smartCo. Apa itu smartCo?

12-07-2024
EV

smart #3 Sudah Boleh Ditempah, Harga Marhaen

smart Malaysia memperkenalkan smart #3 SUV Coupe pada Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor.

21-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.