ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Rasmi di Malaysia – Lebih Luas! Dari RM199,950

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_4.jpeg


Naza Eastern Motors sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi Suzuki Jimny 5 Pintu bagi pasaran Malaysia. Jentera off-road ini telah membuat penampilan global pertamanya di India tahun lalu sebagai kesinambungan kepada Jimny 3 Pintu. Untuk Malaysia, model ini ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM199,950, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


DIMENSI & REKA BENTUK SUZUKI JIMNY 5 PINTU


CariCarz_SN_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_1.jpegCariCarz_SN_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_2.jpeg


Berbanding versi 3 Pintu yang asal, Jimny 5 Pintu telah dipanjangkan sebanyak 340 mm menjadikannya berukuran 3,985 mm panjang, 1,645 mm lebar dan 1,720 mm tinggi. Jarak roda ialah 2,590 mm, memberikan lebih ruang kaki di belakang serta ruang but yang lebih besar, bertambah daripada 85 liter pada model standard kepada 211 liter, dengan tempat duduk belakang dilipat, kapasiti simpanan bertambah kepada 322 liter, ini secara tidak langsung menjadikannya sebagai pilihan yang lebih praktikal. 


2023-suzuki-jimny-5-door-(2).jpg


Di bahagian luar, reka bentuk keseluruhan Jimny 5 Pintu masih sama seperti Jimny standard. Gaya retro dengan bentuk ‘kotak’ yang sinonim dengan model ini masih lagi dikekalkan.  Bagaimanapun, terdapat beberapa aksesori tambahan diberikan untuk Jimny 5 Pintu iaitu kemasan krom tambahan pada gril hadapan, serta rim 15 inci dengan jejari berbentuk Y.


CariCarz_SN_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_7.png


Model ini ditawarkan di pasaran dalam warna Bluish Black Pearl, Granite Gray Metallic, Chiffon Ivory Metallic (dengan bumbung hitam), Sizzling Red Metallic (dengan bumbung hitam) dan warna eksklusif Jimny, Jungle Green.


KABIN SUZUKI JIMNY 5 PINTU


2023-suzuki-jimny-5-door-(7).jpg

CariCarz_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_10.JPGCariCarz_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_9.JPG


Sentuhan ringkas di bahagian kabin masih dikekalkan, tetapi terdapat beberapa peningkatan diberikan seperti skrin infotainmen bersaiz 9 inci yang lebih besar berbanding 7 inci pada versi 3 Pintu. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Ciri lain ialah  tempat duduk belakang yang boleh dilipat 50:50.


2023-suzuki-jimny-5-door-(31).jpg


TRENKUASA & PRESTASI SUZUKI JIMNY 5 PINTU


CariCarz_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_14.JPG2023-suzuki-jimny-5-door-(35).jpg


Aspek mekanikal Jimny 5 Pintu tidak diberikan sebarang perubahan. Versi ini masih lagi menggunakan enjin yang sama dengan model standard iaitu petrol 1.5 liter K15B aspirasi natural yang menghasilkan 101 hp pada 6,000 rpm dan tork 130 Nm pada 4,000 rpm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik empat kelajuan, pilihan transmisi manual lima kelajuan tidak ditawarkan di pasaran Malaysia. Jimny 5 Pintu juga dilengkapi sistem pacuan empat roda separuh masa AllGrip Suzuki dengan gear pemindahan jarak rendah (2H, 4H dan 4L).


2023-suzuki-jimny-5-door-(17).jpg2023-suzuki-jimny-5-door-(16).jpg

2023-suzuki-jimny-5-door-(14).jpg2023-suzuki-jimny-5-door-(18).jpg


Sebagai sebuah model off-road, jarak kelegaan tanahnya yang sudah sedia tinggi kekal pada 210 mm. Namun begitu, dengan badan yang lebih panjang, sudut sua (approach angle) dan sudut berlepas (departure angle) model ini masing-masing berkurang kepada 36 dan 47 darjah. Untuk makluman, Jimny 3 Pintu memiliki angka sudut sua dan sudut berlepas yang lebih baik, masing-masing pada 28 dan 49 darjah. 


CIRI KESELAMATAN JIMNY 5 PINTU


CariCarz_SN_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_6.png


Dari segi keselamatan Jimny 5 Pintu diberikan kamera undur, serta pelbagai ciri keselamatan yang penting seperti enam beg udara, ABS, program kestabilan elektronik (ESP), bantuan turun bukit, bantuan brek dan banyak lagi. Turut disediakan ialah sensor parkir belakang. 


CariCarz_SN_Jimny-5-Door-Launched-in-Malaysia_5.png


HARGA JUALAN SUZUKI JIMNY 5 PINTU


Di Malaysia, dua versi Suzuki Jimny ditawarkan, termasuk Jimny tiga pintu yang biasa pada harga RM158,900, serta edisi terhad, Jimny Rhino pada harga RM174,900. Kedua-dua varian menggunakan enjin 1.5 liter yang sama, dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.


Versi yang baru dilancarkan ini, Suzuki Jimny 5 Pintu adalah model CBU yang diimport dari India. Model ini dijangka akan mencuri perhatian lebih ramai peminat jentera ranggi atau berkemampuan off-road yang praktikal kerana menawarkan ruang kabin dan kargo yang lebih luas. Suzuki Jimny 5 Pintu ditawarkan di Malaysia pada harga  RM199,950 hingga RM205,000 (bergantung kepada warna). Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans. 


Baca: [PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu


Baca: Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi


2023-suzuki-jimny-5-door-(15).jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7406

SELANGOR

BSP7344

JOHOR

JYW1732

PULAU PINANG

PSB9940

PERAK

APH2599

PAHANG

CFG4252

KEDAH

KGF7023

NEGERI SEMBILAN

NEK3295

KOTA KINABALU

SJR7506

KUCHING

QAB7205N

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

18-11-2025
Berita Auto

31-10-2025
Kereta Baru

18-09-2025
Berita Auto

26-05-2025
Berita Auto

15-04-2025
Kereta Baru

30-07-2024
Kereta Baru

22-04-2024
Berita Auto

19-03-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.