- Berita
- Berita Auto
- Bas Percuma Dihentikan Di Negeri Sembilan, Kurang Sambutan, Banyak Digunakan Warga Asing
Bas Percuma Dihentikan Di Negeri Sembilan, Kurang Sambutan, Banyak Digunakan Warga Asing

Perkhidmatan bas percuma dihentikan di Negeri Sembilan (Foto: Bernama)
Perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan untuk laluan di Seremban, Jempol dan Nilai telah dihentikan sepenuhnya bermula 1 Jun lalu.
Kurangnya Sambutan Punca Penamatan Operasi
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menjelaskan bahawa keputusan untuk menghentikan perkhidmatan bas percuma ini dibuat kerana sambutan yang diterima kurang memuaskan, terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan. Sebaliknya, perkhidmatan ini lebih banyak digunakan oleh warga asing.

Bas percuma yang disediakan kurang mendapat sambutan penduduk. (Foto: Majlis Bandaraya Seremban)
“Memandangkan kita sudah ada perkhidmatan myBAS, iaitu bas awam henti-henti yang turut menyediakan laluan sama di semua kawasan dan daerah di negeri ini, jadi kita merasakan bahawa penggunaan bas percuma itu tidak lagi diperlukan,” katanya.
Perkhidmatan MyBAS Gantikan Bas Percuma

Aminuddin juga menekankan bahawa myBAS menawarkan perkhidmatan percuma kepada golongan tertentu seperti warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan pelajar sekolah. Kira-kira 90 unit myBAS disediakan di seluruh kawasan daerah di Negeri Sembilan.
Bas tersebut boleh dimanfaatkan seperti biasa berdasarkan jadual laluan yang telah ditetapkan.
“Bagaimanapun jika ada permintaan yang mendesak untuk mengembalikan semula perkhidmatan tersebut, kita akan meneliti semula pada masa akan datang,” katanya.
Kajian Naik Taraf Terminal Bas
Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk menaik taraf infrastruktur di terminal bas di seluruh daerah. Kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan projek yang dilaksanakan tidak menjadi ‘gajah putih’ disebabkan kurangnya sambutan atau penggunaan.
“Tidak guna jika kita membuat sesuatu yang kurang memberikan manfaat sepenuhnya, kalau sudah buat kita perlu menjaga kos penyenggaraan pula, tetapi jika perkara tersebut benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat, tiada masalah untuk kerajaan negeri mengkaji semula untuk menaik taraf dan membuat perubahan di terminal sedia ada,” jelasnya.
Perkhidmatan bas percuma ini mula diperkenalkan pada 21 Januari 2020 dengan kekerapan setiap satu jam bermula 6.30 pagi hingga 5.30 petang, merangkumi laluan di Seremban, Nilai dan Jempol.
Sumber: FMT
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Pelancong Asing Ke Thailand Bakal Dikenakan Caj RM54
THAILAND mencadangkan bayaran 450 Baht (kira-kira RM54.56) bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara.
08-10-2026
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge