Bermaz Xpeng: Tidak Mahu Terlibat Dalam Perang Harga EV

Menerusi perbincangan sidang akhbar selepas pelancaran Xpeng G6 semalam, wakil daripada Bermaz Xpeng dan Xpeng Motors dikhabarkan sudah pun menggariskan beberapa rancangan strategik mereka untuk pasaran kenderaan elektrik (EV) itu di Malaysia.
Difahamkan, Bermaz Xpeng sedang mengkaji pasaran Malaysia dengan teliti bagi memastikan kedua-dua varian yang ditawarkan itu seiring dengan permintaan tempatan tanpa menjejaskan kualiti.
Pengarah Perancangan Produk Luar Negara di XPENG Inc., Alan Ma dilihat turut memberi bayangan bahawa akan varian motor elektrik berkembar G6 dan beberapa model pemanduan kanan.
Ia berikutan selepas pelancaran Xpeng X9 di Thailand nanti, model itu juga akan dibawa ke Malaysia dalam tempoh terdekat ini.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Dato Francis Lee menekankan bahawa walaupun terdapat kemasukan jenama automotif China yang lain sehingga menyebabkan perang harga berlaku, Bermaz Xpeng tetap komited untuk mengekalkan kredibilitinya.
Langkah itu diambil sama seperti pendekatannya yang dilaksanakan dengan Mazda.
Beliau turut memaklumkan bahawa kenderaan Xpeng ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif sejak dari awal lagi.
Untuk itu, dan Bermaz Xpeng tidak berhasrat untuk terlibat dalam pengurangan harga yang hakikatnya boleh menjejaskan nilai jenama dan menghakis keyakinan pelanggan.
Sehubungan itu, Kedua-dua Bermaz dan Xpeng mahu menumpukan lebih kepada membina ekuiti jenama selain memberi tumpuan kepada pengalaman pemilikan pelanggan dan bukannya mengejar angka jualan.
Ketua Operasi di Bermaz Xpeng Sdn Bhd, Wan Zarel Harun pula berkata, pihaknya juga mahu memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka akan mendapat akses mudah ke pusat jualan dan perkhidmatan tidak lama lagi.
Ia susulan daripada pengoperasian pengedar sah Xpeng di Glenamarie dan Taman Irama Pulau Pinang manakala pengedar Xpeng akan dibuka di Johor Bahru, Melaka, dan Negeri Sembilan pada akhir September dan awal Oktober ini nanti.

Beliau turut menekankan bahawa pembelian XPeng adalah lebih murah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), memandangkan EV cuma memerlukan servis yang minimum.
Misalnya, kos perkhidmatan tahun pertama hanya termasuk pemeriksaan sistem dan tayar, yang mana hanya menelan belanja di bawah RM200.
Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos pemilikan tetapi juga mencerminkan komitmen jenama untuk menyediakan pengalaman tanpa kerumitan untuk pemilik EV.
Selain itu, walaupun Xpeng tidak mempunyai rancangan segera untuk memperkenalkan infrastruktur pengecasannya sendiri di Malaysia, Bermaz Xpeng telah pun menjalin kerjasama dengan DC Handal dan ChargEV untuk memastikan pelanggan mempunyai akses kepada pilihan pengecasan yang boleh dipercayai.
Difahamkan pihak Bermaz Xpeng juga sedang menelitI pelaksanaan sistem "palam dan caj" dimana pihaknya akan menawarkan kadar pengecasan diskaun secara eksklusif untuk pemilik Xpeng.
Ketika ditanya mengenai usaha Completely Knocked Down (CKD), Francis menyatakan bahawa kerajaan Malaysia masih belum menyediakan garis panduan untuk penyetempatan pembuatan EV.

Sebaliknya ada pasukan dari Xpeng China yang akan ditempatkan di Malaysia untuk menilai kebolehlaksanaan penyetempatan, walaupun menghadapi cabaran seperti kos bateri yang tinggi .
Apapun, penghantaran Xpeng kepada pelanggan akan bermula pada Oktober ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRE8032
SELANGOR
BSR3772
JOHOR
JYB8435
PULAU PINANG
PSD5197
PERAK
APJ5832
PAHANG
CFG9770
KEDAH
KGG8342
NEGERI SEMBILAN
NEK8130
KOTA KINABALU
SJS8310
KUCHING
QAB1433P
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
8 Sami Maut Dirempuh Trak Pikap Dipandu Budak 11 Tahun
Angkara budak 11 tahun, nyawa 8 sami melayang dalam sekelip mata.
02-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi
Smart Lane Kurangkan 50% Kesesakan, Kadar Kemalangan Juga Rendah.
02-07-2026
Padah Percaya Aplikasi Penunjuk Arah Warga China' Masuk Gaung 7 Meter
Kesemua mangsa mengalami kecederaan.
02-07-2026
Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya
Seorang anggota polis maut akibat terjatuh dan terseret di jalan raya ketika motosikalnya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir.
02-07-2026
Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung
Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.
01-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat