Bukan Dicuri, Penduduk Salah Faham

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan sebuah van jenazah berwarna putih dilarikan perompak.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Hulu Langat Selangor semalam.
Namun hasil siasatan mendapati insiden berkenaan hanyalah salah faham yang berlaku antara penduduk hingga menyebabkan pemandu panik akibat dikejar sekumpulan lelaki.
Difahamkan pemandu van yang tersalah alamat terpaksa melarikan diri selepas dituduh mencuri dan melakukan jenayah pecah rumah yang berlaku di kawasan Kajang, Hulu Langat.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof.
“Pengadu yang memandu van jenazah ke satu kawasan perumahan di Kajang untuk dihantar kepada seorang mekanik sudah tersalah alamat hingga menyebabkan dia terpaksa memandu perlahan.
“Namun, ia telah menyebabkan salah faham sehingga dia ditahan sekumpulan lelaki yang menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit kes pecah rumah di kawasan berkenaan.
“Kumpulan lelaki terbabit dikatakan cuba menyerang dan mengejar pemandu itu dengan membawa senjata kayu serta besi, menyebabkan dia melarikan diri bersama van jenazah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, hasi semakan mendapati tiada sebarang laporan kes pecah rumah atau kecurian van jenazah dilaporkan, malah nazir sebuah masjid mengakui dia telah menyerahkan van itu kepada pengadu untuk dibaiki sebelum ini.
Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 bersabit dengan video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8547
SELANGOR
BSU5395
JOHOR
JG1962J
PULAU PINANG
PSG6418
PERAK
APM4186
PAHANG
CFJ1878
KEDAH
KGJ5426
NEGERI SEMBILAN
NEM3594
KOTA KINABALU
SJU6434
KUCHING
QAB7974P
Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Van Jenazah Kena Rembat, Mujur Dapat Balik
Misteri kehilangan van jenazah milik sebuah pertubuhan kebajikan terungkai apabila kenderaan itu dipercayai dicuri individu yang juga bekas sukarelawan pertubuhan itu sendiri.
16-01-2026
Berita Terkini
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

