ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

CATL Buka Pusat Pengalaman EV – Pamer 100 EV Daripada 50 Jenama, Hab Pengetahuan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

20240810150212_3qwm2351fe.jpeg


Pengeluar bateri EV terkemuka, Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), baru-baru ini membuka pusat pengalaman tenaga baharu yang dinamakan Ning Space di Chengdu, Wilayah Sichuan. Langkah ini menandakan usaha CATL untuk menjadi pengeluar bateri EV pertama yang berinteraksi secara langsung dengan pengguna, tampil berbeza dengan model perniagaan syarikat lain. 


Mempercepatkan Peralihan kepada Mobiliti Elektrik


20240810150320_0950nju7a2.jpegs_7bbe9f08fcb54bbabe22c81ac7336ded.jpg


Inisiatif ini juga bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan mobiliti elektrik pada skala yang lebih luas. Ning Space diwujudkan melalui kerjasama antara CATL, beberapa jenama kereta dan kerajaan tempatan. 


Pusat ini dirancang untuk memberikan pengalaman EV yang menyeluruh kepada pengguna, membolehkan mereka melihat, memilih, menggunakan dan mempelajari mengenai kenderaan elektrik, semuanya di bawah satu bumbung.


Misi CATL dalam Landskap Tenaga Global


Dalam majlis perasmian Ning Space, Naib Pengerusi CATL, Li Ping, menyatakan hasrat syarikat untuk menjadi pemimpin dalam landskap tenaga global yang semakin berkembang. 


Melalui Ning Space, CATL berharap dapat merapatkan jurang antara pengeluar kereta dan pengguna, dengan harapan untuk mendorong inovasi dan kejayaan bersama dalam industri.


Peranan Penting Ning Space dalam Industri


w700d1q75cms-(4).jpgw700d1q75cms.jpg


Pengurus Besar Bahagian Pemasaran CATL, Luo Jian, menekankan bahawa Ning Space akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan "kesempurnaan" dan "inovasi" dalam industri ini. 


Mengumpulkan pelbagai kenderaan di satu lokasi memudahkan proses pengguna untuk mencari kenderaan yang sesuai, sambil mempromosikan gaya hidup lestari yang rendah karbon.


Pameran Harian Kenderaan Elektrik di Ning Space


1723290653618-1-1068x600.png


Sebagai pavilion pertama dengan fokus sepenuhnya terhadap kenderaan elektrik, Ning Space didirikan di tapak berkeluasan 140,000 kaki persegi yang boleh memuatkan hampir 100 model daripada kira-kira 50 jenama kereta yang berbeza. Pameran pelbagai model kenderaan ini memudahkan pengguna untuk membuat pilihan di dalam satu lokasi yang sama. 


Sokongan Pakar EV


1723290656448-1068x599.png


Di samping itu, pakar EV di lokasi juga sentiada bersedia untuk menjawab soalan dan memberikan cadangan, memastikan setiap pengunjung dapat mencari kenderaan yang sesuai dengan keperluan, bajet dan kehendak masing-masing.


Hab Pengetahuan 


1723290658635-1068x600.png


Pusat ini juga berfungsi sebagai hab pengetahuan yang menyediakan sudut informasi mengenai sejarah dan evolusi kenderaan elektrik, mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi bateri, serta menganjurkan bengkel berkala mengenai tenaga hijau dan kenderaan elektrik untuk pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.


Ketika acara perasmian pusat pengalaman ini, CATL turut melancarkan jenama perkhidmatan selepas jualan baharu, "NING SERVICE.” Pusat servis ini memiliki sejumlah 112 kakitangan profesional yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan penyelenggaraan bateri yang berkualiti tinggi, pemeriksaan kesihatan bateri dan operasi penyelamatan mudah alih.

Sumber: CarNewsChina

Baca: CATL Dedah Bateri Capai 600KM Hasil Cas 10 Minit, Jarak EV 1000KM Satu Cas

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE7618

SELANGOR

BSR3694

JOHOR

JYB8215

PULAU PINANG

PSD5075

PERAK

APJ5780

PAHANG

CFG9741

KEDAH

KGG8253

NEGERI SEMBILAN

NEK8094

KOTA KINABALU

SJS8195

KUCHING

QAB1410P

Terakhir Kemas Kini 02 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

17-08-2023
EV

11-12-2022
EV

20-12-2024
Global

16-01-2023

Berita Terkini

EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026
EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.