ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Data Dedah Makin Ramai Pilih Pengangkutan Awam – Kementerian Pengangkutan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DSC_0085_1-(3).jpg


Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 11% pada bulan Julai, dedah Kementerian Pengangkutan. Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas dan kereta api meningkat secara berterusan, dengan bas mencatatkan kenaikan sebanyak 11.8% manakala perkhidmatan rel meningkat sebanyak 10.8%.


Penambahan Tren Baharu Tingkatkan Penumpang


Screenshot-2024-08-26-at-11.36.42-AM.png

Penggunaan pengangkutan awam menunjukkan peningkatan sebanyak 11% Julai lalu. (Sumber: data.gov.my)


Menurut Prasarana Malaysia Bhd dalam laporan oleh The Star, peningkatan ini banyak dipengaruhi oleh penambahan tren baharu yang memperbaiki masa menunggu penumpang. 


"Laluan Kelana Jaya kini beroperasi dengan 56 tren pada frekuensi setiap tiga minit. Pada tahun 2022, laluan ini hanya beroperasi dengan 41 tren pada frekuensi 4.1 minit semasa waktu puncak," kata Prasarana.


Peningkatan jumlah penumpang agak ketara di laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang. Laluan Kelana Jaya mencatatkan lonjakan tertinggi dengan peningkatan 15.3% pada bulan Julai, manakala laluan Ampang pula meningkat sebanyak 8.3%.


Laluan MRT Kajang dan Putrajaya Makin Menjadi Tumpuan


BANNER_MRT-Need-to-Know-1.jpg


MRT Kajang dan Putrajaya juga menyumbang kepada peningkatan keseluruhan penggunaan pengangkutan awam. Laluan MRT Kajang mencatatkan peningkatan penumpang sebanyak 11.1%, manakala laluan Putrajaya naik sebanyak 15.7% pada bulan Julai.


CariCarz_SN_Koc-Wanita-MRT.JPG


"Laluan Kajang kini beroperasi dengan 39 tren pada frekuensi setiap empat minit. Pada tahun 2022, laluan ini hanya beroperasi dengan 28 tren pada frekuensi 5.6 minit semasa waktu puncak," jelas Prasarana lagi.


KTM Komuter dan Monorel Mengikut Jejak Sama


Perkhidmatan KTM Komuter dan monorel juga menunjukkan peningkatan jumlah penumpang, masing-masing sebanyak 3.6% dan 4.4%. Ini menunjukkan semakin ramai beralih kepada penggunaan pengangkutan awam, seiring dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur pengangkutan negara.

Sumber: The Star, data.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD8264

SELANGOR

BSR1865

JOHOR

JYB4276

PULAU PINANG

PSD3559

PERAK

APJ4418

PAHANG

CFG8970

KEDAH

KGG6901

NEGERI SEMBILAN

NEK7490

KOTA KINABALU

SJS5970

KUCHING

QAB672P

Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto
Berita Auto

08-12-2025
Berita Auto

08-12-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.