ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Kembar Proton e.MAS 7 Dilancarkan – Ini Spesifikasi Geely Galaxy E5, Dari RM71K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely-E5.jpg


Hanya sehari selepas Proton memperkenalkan e.MAS 7 yang masih di dalam pelekat samaran di Malaysia, Geely telah melancarkan kembarnya, Galaxy E5 di China.


Bagaimanapun, sebelum kita kupas selanjutnya, untuk pengetahuan pembaca, e.MAS 7 bukanlah model E5 yang diberikan penjenamaan semula atau rebadge, kerana kedua-duanya dibangunkan secara serentak dari awal lagi. 


ssx.jpg


Seperti yang diumumkan semasa Geely membuka tempahan untuk Galaxy E5 pada bulan Julai lalu, lima varian akan ditawarkan. Namun, yang mengejutkan semua orang adalah harga pelancarannya yang lebih rendah daripada harga pra-tempahan. Harga baharu disenaraikan di bawah bersama dengan jarak CLTC setiap varian. 


  • 530 km Starship: RMB148,800 (~RM93,000)
  • 530 km Discovery+: RMB138,800 (~RM87,000)
  • 530 km Voyage: RMB128,800 (~RM81,000)
  • 440 km Exploration: RMB122,800 (~RM77,000)
  • 440 km Sailing: RMB112,800 (~RM71,000)

GUHpU7hWoAAmsqJ.jpeg


Selain itu, bagi mereka yang membuat tempahan sebelum 1 Oktober, Geely menawarkan diskaun tambahan sebanyak RMB3,000 (~RM1,800). Untuk makluman, BYD Atto 3, yang merupakan pesaing kepada E5, dipasarkan pada harga antara RMB119,800 (~RM75,000) dan RMB147,800 (~RM93,000) di China, dengan pilihan jarak CLTC 430 km dan 510 km. Berdasarkan harga ini dan bagaimana harga kenderaan ditetapkan di Malaysia, kita boleh menjangkakan tambahan kira-kira RM20,000 hingga RM30,000 untuk Proton e.MAS 7 yang akan datang. 


Dari segi dimensi, E5 berukuran 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan dengan jarak roda 2,750 mm. Ini menjadikannya 160 mm lebih panjang, 26 mm lebih lebar, 55 mm lebih tinggi dan dengan jarak roda 30 mm lebih panjang berbanding Atto 3.


image-(54).jpg


Semua varian Galaxy E5 dikuasakan oleh satu motor dengan kuasa 160 kW. SUV ini menggunakan bateri Aegis Short Blade terkini daripada Geely dengan kapasiti 49.52 kWj dan 60.22 kWj, masing-masing dengan jarak CLTC sebanyak 440 km dan 530 km. 


Menurut Geely, bateri Aegis Short Blade mempunyai ketumpatan tenaga 192 Wj/kg dengan jangka hayat sehingga 3,500 kitaran cas. Ketahanan ini diterjemahkan kepada kira-kira 1 juta km jarak pemanduan.


image-36-1068x637.pngimage-32-1068x565.png


Model yang dibangunkan berdasarkan platform Geely Electric Architecture (GEA) ini dilengkapi dengan sistem pemanduan elektrik pintar 11 dalam 1 Galaxy yang menghasilkan kuasa puncak 160 kW (215 hp) dan tork 320 Nm, membolehkannya membuat pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 6.9 saat. Ia mempunyai tahap kecekapan sebanyak 90.04% dengan penggunaan kuasa minimum sebanyak 11.9 kWj setiap 100 km.



Caricarz-Geely-Galaxy-E5-(5).jpgCaricarz-Geely-Galaxy-E5-(6).jpg


Ruang kabin Galaxy E5 kelihatan bergaya dan selesa dengan skema warna gelap di atas, cerah di bawah. Antara kelengkapan dan teknologi yang disediakan adalah termasuk skrin infotainmen terapung HD 2.5K 15.4 inci, panel instrumen LCD 10.2 inci dan papar pandu (HUD). Skrin infotainmen ini diintegrasikan dengan sistem 16 speaker Flyme Auto dan dikuasakan oleh pemproses Dragon Eagle No.1 7nm.


Caricarz-Geely-Galaxy-E5-(8).jpg


Melalui spesifikasi Galaxy E5 ini, kita dapat membayangkan apa yang mungkin akan ditawarkan pada e.MAS 7 yang akan dilancarkan pada Disember 2024 nanti. Nantikan butiran demi butiran yang akan didedahkan semakin hampir dengan tarikh pelancarannya nanti. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-03-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

12-01-2026
EV

02-01-2026
Teknologi

15-12-2025
EV

11-11-2025
EV

27-10-2025

Berita Terkini

Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.