Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY). Versi kali ini tampil lebih sporty dengan sentuhan F Sport Design di samping edisi khas, Black Line Special Edition.
Black Line Special Edition dengan Rekaan Agresif




Seperti namanya, Black Line Special Edition tampil menyerlah dengan warna luaran baharu Incognito, aksen hitam, rim berukuran 21 inci dalam warna hitam, serta angkup brek berwarna oren yang kontra dengan warna keseluruhan jentera.
Warna dua tona ini juga diteruskan di bahagian kabin dengan kemasan yang diberikan jahitan kontra berwarna kelabu.
Ketersediaan Black Line Special Edition bagaimanapun dihadkan dalam jumlah tertentu bergantung kepada pasaran. Untuk pasaran Amerika Utara yang merupakan antara pasaran utama Lexus, jentera edisi khas ini hanya ditawarkan sebanyak 500 unit.
Sentuhan F Sport Design yang Sporty




Kemasan F Sport Design pula menawarkan gaya yang lebih sporty berbanding model asas RX. Pakej kemasan khas ini dibangunkan berdasarkan gred Premium dan hanya ditawarkan secara eksklusif untuk varian RX350 dan RX350h hibrid.
Elemen F Sport dapat dilihat pada pelbagai sudut RX termasuk fasia hadapan, gril dan valence belakang. Dari tepi, rim berukuran 21 inci diberikan warna hitam. Ruang kabin juga kelihatan sporty dan elegan dengan kemasan kayu berwarna hitam.
Pilihan Trenkuasa untuk Pasaran Antarabangsa

Untuk Lexus RX model tahun 2025MY di luar negara, tujuh pilihan trenkuasa ditawarkan, bergantung kepada pasaran. Bagi pasaran Malaysia, varian RX350 dan RX500h dijangka terus ditawarkan dengan pilihan trenkuasa sedia ada.
Sebagai makluman, Lexus Malaysia (UMW Toyota Motor) menawarkan RX350 dengan enjin petrol turbo 2.5 liter 4 silinder yang menghasilkan 275 hp dan 429 Nm. Sementara itu, varian hibrid RX500h menggunakan enjin yang sama, tetapi dengan penambahan kuasa elektrik yang meningkatkan output kepada 366 hp dan 460 Nm.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat