ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MBM Kongsi Teaser Mercedes-Benz E-Class W214 – ROI DIbuka

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini telah berkongsi teaser model baharu, sedan Mercedes-Benz E-Class generasi keenam (W214) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 


E-Class Generasi Keenam (W214)


Model yang telah lama diramalkan akan memasuki pasaran tempatan oleh sumber dalaman MBM ini dijangka akan dilancarkan pada awal suku akhir tahun ini. Menjelang pelancarannya, MBM dalam diam telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk E-Class W214 baharu secara dalam talian melalui laman web rasminya. Selain daripada video teaser dan siluet yang dipaparkan di halaman ROI, MBM tidak mendedahkan banyak butiran lain.


web_MBM-W214-E-Class-Teaser.jpg


Turut menjadi tanda tanya adalah statusnya iaitu sama ada ia akan diimport sepenuhnya (CBU) atau dipasang secara tempatan (CKD).


Pengenalan E-Class di Pasaran Global


foto---nuova-mercedes-classe-e-2023-(17).jpgfoto---nuova-mercedes-classe-e-2023-(10).jpgfoto---nuova-mercedes-classe-e-2023-(19).jpg


E-Class W214.


Untuk makluman pembaca, E-Class  generasi terbaru W214 ini telah diperkenalkan di peringkat global lebih setahun yang lalu dan diiktiraf sebagai model "E-Class yang paling terhubung". Di rantau ini, E-Class W214 telah dilancarkan di Thailand pada awal tahun dengan dua varian termasuk versi hibrid plug-in (PHEV).


433130363_826542969499626_1229482991087300826_n.jpg


Di sana, varian asas E-Class W214 iaitu E200, dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder turbo 2.0 liter hibrid ringkas (MHEV) yang menghasilkan 204 ps dan 320 Nm. Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik 9 kelajuan.


foto---nuova-mercedes-classe-e-2023-(31).jpgfoto---nuova-mercedes-classe-e-2023-(33).jpgfoto---nuova-mercedes-classe-e-2023-(30).jpg


Varian lebih tinggi, E350e pula menggunakan trenkuasa PHEV yang dipasangkan dengan motor elektrik dan bateri kompak 25.4 kWj. Sistem ini digabungkan dengan enjin petrol 4 silinder turbo 2.0 liter yang sama, memberikan output gabungan 313 ps dan 550 Nm. Dengan cas penuh, jarak pemanduan elektrik varian ini mencecah 115 km (WLTP). 


Spesifikasi untuk Pasaran Malaysia Masih Menjadi Tanda Tanya


foto---nuova-mercedes-classe-e-2023-(7).jpg


Buat masa ini, tidak pasti apakah pilihan trenkuasa yang akan ditawarkan di pasaran tempatan. Namun berdasarkan sedan C-Class W206 yang lebih kecil, besar kemungkinan kedua-dua trenkuasa dan varian ini bakal tiba di negara kita. 


Dalam masa yang sama, kita juga boleh menjangkakan model baharu itu nanti bakal dipasang secara CKD di kilang MBM di Pekan, Pahang, sama seperti sedan kecil tersebut. 


Harga Jualan


Turut kekal menjadi persoalan adalah harga jualannya.  Jika dilihat dari segi tahap kelengkapan dan teknologi ketersambungannya yang canggih, E-Class W214 mungkin boleh mencapai harga jualan yang lebih tinggi berbanding model yang digantikannya, W213, yang ditawarkan pada harga antara RM349,888 (E200) hingga RM399,888 (E300).


foto---nuova-mercedes-classe-e-2023-(38).jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQN9242

SELANGOR

BSM9135

JOHOR

JYS4687

PULAU PINANG

PSA2583

PERAK

APF6382

PAHANG

CFF5720

KEDAH

KGE5891

NEGERI SEMBILAN

NEJ6586

KOTA KINABALU

SJQ6011

KUCHING

QAB3645N

Terakhir Kemas Kini 05 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

26-04-2023
Kereta Baru

21-08-2024
Berita Auto

09-07-2024
Global

29-03-2024
Global

06-09-2023
Global

20-06-2023
Global

26-04-2023
Global

07-04-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026
Kereta Baru

Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026

Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.

03-03-2026
Kereta Baru

Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-03-2026
Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.