ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi XForce Terima ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mitsubishi-XForce-ASEAN-NCAP-(1).jpg


SUV crossover segmen B, Mitsubishi XForce, telah berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Dalam ujian yang dijalankan menggunakan protokol penilaian 2021-2025 ini, XForce berjaya mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 79.15 daripada 100 mata.


Prestasi dalam Kategori Perlindungan Penumpang


Mitsubishi-XForce-ASEAN-NCAP-(2).jpgMitsubishi-XForce-ASEAN-NCAP-(4).jpgMitsubishi-XForce-ASEAN-NCAP-(5).jpgMitsubishi-XForce-ASEAN-NCAP-(6).jpg


Dalam kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP), XForce mencatatkan 27.91 mata daripada 32 mata. Manakala, untuk perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), model ini berjaya mengumpulkan 43.43 mata daripada 51 mata. Dalam kategori bantuan keselamatan, XForce mencatatkan 15.59 mata daripada 21 mata, dan untuk keselamatan penunggang motosikal, 9.91 mata daripada 16 mata.


Ciri Keselamatan Model Ujian


Mitsubishi-XForce-ASEAN-NCAP.jpgMitsubishi-XForce-ASEAN-NCAP-(3).jpg


Model yang digunakan oleh ASEAN NCAP untuk ujian ini ialah varian XForce Exceed dari Indonesia. Varian ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif, termasuk empat beg udara, pengingat tali pinggang keledar, teknologi perlindungan pejalan kaki dan banyak lagi.


Untuk ciri keselamatan aktif, semua varian XForce dilengkapi dengan fungsi ADAS seperti brek kecemasan autonomi (AEB), amaran pelanggaran hadapan (FCW), pengesanan titik buta (BSD) dan lampu tinggi automatik (AHB).


 Rekaan dan Rangkaian Kuasa XForce


Mitsubishi-XForce-SUV-1.jpgMitsubishi-XForce-SUV-2.jpg


Sebagai pengganti kepada crossover ASX, XForce dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN dengan sentuhan rekaan yang diambil daripada SUV konsep XFC yang futuristik. 


Di sebalik rekaan yang menarik ini, XForce dipasangkan dengan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder berkuasa 103 hp dan 141 Nm, sama seperti yang digunakan pada MPV Xpander. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi CVT. 


Mampu Menempuhi Laluan Off-Road


Mitsubishi-XForce-SUV-5.jpgMitsubishi-XForce-SUV-4.jpg


Bagi memastikan SUV kecil ini lebih mudah dikendalikan di jalan yang tidak rata, jurutera Mitsubishi telah menghabiskan banyak masa menyelaraskan sistem suspensi XForce. 


Dengan sistem kawalan rewang atau yaw aktif (AYC) dan empat pilihan mod pemanduan, SUV kecil ini mampu mengharungi cabaran off-road, bersesuaian dengan keadaan jalan di negara-negara ASEAN.


Pasaran ASEAN dan Kedatangannya ke Pasaran Malaysia


Selain Indonesia, Mitsubishi XForce terbaru ini juga dijangka akan membuat kemunculan di negara-negara ASEAN lain termasuk Vietnam, Filipina dan mungkin juga Malaysia. Memandangkan pasaran tempatan masih menunggu pelancaran rasmi Mitsubishi Triton yang baharu, terdapat kemungkinan besar kita akan melihat Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan trak pikap baharu dan SUV XForce ini di pasaran tidak lama lagi. 

Baca: Mitsubishi XForce SUV Ranggi Dengan Kemampuan Off-Road

Baca: Mitsubishi, Honda & Nissan Bergabung, Sasar Kembali Kuasai Pasaran Automotif

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT7468

SELANGOR

BSU3867

JOHOR

JF6365J

PULAU PINANG

PSG3972

PERAK

APM2142

PAHANG

CFJ874

KEDAH

KGJ4505

NEGERI SEMBILAN

NEM2670

KOTA KINABALU

SJU5337

KUCHING

QAB7486P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Berita Auto
Global

20-03-2025
Global

06-08-2024
Global

10-08-2023

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.