Model Edisi Khas, Ford Everest Tremor, Didedahkan – Off-Road, Enjin V6

Ford Everest Tremor
Ford telah memperluaskan barisan modelnya di Australia dengan pengenalan varian baharu yang lebih lasak untuk SUV Everest generasi terkini. Dikenali sebagai Ford Everest Tremor, varian khas ini boleh dikatakan sebagai kembar ‘berbadan penuh’ (full-bodied) kepada Ranger Raptor yang dikuasakan enjin V6.
Baca: PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas
Kuasa Padu Enjin Turbodiesel V6

Dibangunkan berdasarkan varian pertengahan Everest Sport yang dipasarkan di Australia, Everest Tremor dilengkapi enjin turbodiesel V6 berkapasiti 3.0 liter yang mampu menghasilkan 250 hp dan tork 600 Nm. Walaupun kuasanya lebih rendah berbanding enjin petrol bi-turbo V6 yang digunakan oleh Ranger Raptor yang menghasilkan 397 hp dan tork 583 Nm, Everest Tremor tetap menyerlah dengan prestasi yang tinggi.
Selain itu, Everest Tremor juga berbeza dengan kembarnya, Ranger Tremor yang dilengkapi enjin 2.0 liter bi-turbo 4 silinder di pasaran yang sama.
Sistem Lebih Baik



Everest Tremor dipasangkan dengan sistem transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4WD) yang boleh dipilih (selectable), termasuk mod pemanduan ‘Rock Crawl’ yang khusus untuk meredah laluan berbatu.
Semua varian Ford Everest menggunakan 'Adblue', iaitu teknologi yang membantu mengurangkan gas nitrogen oksida (NOx) dalam ekzos kereta. Ia berfungsi dengan menggunakan cecair khas berasaskan urea yang dicampurkan ke dalam ekzos untuk membersihkan gas berbahaya sebelum dilepaskan ke udara.
Ford turut melengkapkan Everest Tremor dengan casis yang lebih kukuh. Antara perubahan penting ialah suspensi yang dipertingkatkan dengan ketinggian tambahan 26 mm, spring baharu dan penyerap hentak Bilstein yang lebih besar dengan sistem peredam posisi sensitif serta takungan luaran gaya piggyback.
Baca: Hanya Kereta Pra-Milik Ford Terbaik Dijual Melalui ‘Ford Assured’
Reka Bentuk yang Ranggi
Tampil ranggi, Everest Tremor dipasangkan dengan rim aloi berukuran 17 inci berwarna hitam yang ‘dibaluti’ tayar off-road, General Grabber AT3 All-Terrain. Ciri off-road lain termasuk pemijak kaki berketahanan tinggi dalam warna hitam, pelindung enjin (bash plate) serta pilihan tambahan ARB Stealth Bullbar.
Dari segi estetika, warna eksklusif ‘Command Grey’ menjadi pilihan utama Everest Tremor selain warna standard seperti Artic White, Meteor Grey dan Shadow Black.
Kemasan Kabin dengan Sentuhan Eksklusif

Di bahagian dalam, Everest Tremor hanya menerima kemas kini kecil seperti tempat duduk dengan sulaman tulisan Tremor, aksen hitam serta tikar lantai kalis cuaca.
Everest Tremor ditawarkan di pasaran Australia dalam jumlah terhad, dengan hanya 1,150 unit tersedia, pada harga yang bermula daripada AUS$76,590 (~RM225,841).
Adakah Everest Tremor akan Tiba di Pasaran Malaysia?

Bagi pasaran tempatan, pengedar Ford Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), masih belum melancarkan model Ranger atau Everest dalam varian Tremor. Sebaliknya, syarikat ini memilih untuk menawarkan 200 unit Ranger StormTrak yang dilancarkan awal tahun ini.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6224
SELANGOR
BSU9073
JOHOR
JH1375J
PULAU PINANG
PSH2836
PERAK
APM7835
PAHANG
CFJ3612
KEDAH
KGJ7437
NEGERI SEMBILAN
NEM5351
KOTA KINABALU
SJV931
KUCHING
QAB9610P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge