ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Model Trenkuasa Nissan e-Power Bakal Tiba Di Malaysia – Pelancaran Q4 2024, Serena Atau Kicks?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan-Leaf-EV-First-Gen.jpg


Nissan Leaf merupakan model EV pertama yang dihasilkan secara besar-besaran oleh pengeluar automotif Jepun.


Mungkin ramai yang tidak tahu, perintis teknologi kenderaan elektrik (EV) sebenarnya adalah sebuah syarikat dari negara Jepun, Nissan, dan bukannya jenama daripada Amerika Syarikat yang kini 'hangat' di pasaran, Tesla. Syarikat ini merupakan yang pertama berjaya mengeluarkan EV secara besar-besaran melalui model hatchback Nissan Leaf. 


Peralihan Fokus Nissan: Daripada EV Kepada e-Power


04-Nissan's-former-Chief-Engineer,-Naoki-Nakada-brings-his-expertise-to-the-e-POWER-drivetrain.jpg05-Next-Generation-X-in-1-electric-powertrain.jpg


Selepas kejayaan Leaf, Nissan seakan-akan menjauhkan diri daripada pengeluaran EV sepenuhnya. Sebaliknya, syarikat Jepun ini memilih untuk mengguna pakai pengalaman luas yang diperoleh daripada pembangunan dan pemasangan Leaf untuk membangunkan sistem hibridnya sendiri yang dikenali sebagai Nissan e-Power. 


01-Nissan-e-POWER.jpg02-Nissan-e-POWER-powertrain.jpg


Inovasi ini sedikit berbeza dengan trenkuasa hibrid konvensional yang lain kerana ia menjanjikan pelepasan ekzos yang lebih rendah serta pengalaman pemanduan seperti EV tanpa perlu dicas secara plug-in.


Bagaimana e-Power Berfungsi?


Sistem hibrid Nissan e-Power hanya menggunakan motor elektrik untuk menggerakkan kenderaan. Motor ini dikuasakan oleh bateri litium-ion yang kecil. Enjin petrol pula bertindak sebagai penjana yang menyediakan tenaga kepada bateri tersebut, menghilangkan keperluan untuk pengecasan plug-in, dalam masa yang sama, memberikan pengalaman pemanduan yang serupa dengan EV.


Model e-Power Baharu Bakal Tiba Di Malaysia?


Serena2023-41.jpgNissan-Kicks-ePower-(3).jpg


Model dengan trenkuasa hibrid Nissan e-Power dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada suku keempat 2024. Adakah model yang dimaksudkan ialah MPV Serena baharu atau SUV Kicks?


Dengan Nissan kini bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak model e-Power secara global, jenama ini melalui wakil tempatan mereka, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), telah memberi isyarat bahawa model Nissan e-Power baharu dijangka akan membuat kemunculan tempatan dalam suku keempat tahun ini.


Apakah Model Yang Akan Dilancarkan?


Walaupun ETCM belum memberikan petunjuk mengenai model tersebut secara spesifik, segala bukti menunjukkan sistem hibrid e-Power ini akan ditawarkan sebagai pilihan trenkuasa untuk sama ada MPV Nissan Serena generasi keenam (C28) atau SUV Nissan Kicks.


Nissan Serena e-Power


Serena2023-43.jpgSerena2023-40.jpg


Serena generasi baharu telah diperkenalkan di pasaran Jepun sejak 2022. Tidak seperti model sebelumnya, Serena baharu ini dilengkapi dengan sistem hibrid e-Power yang terdiri daripada enjin petrol 1.4 liter 4 silinder dengan kuasa 98 hp dan 123 Nm, yang berfungsi sebagai penjana kepada bateri litium-ion 1.5 kWj. Bateri ini kemudian menggerakkan motor elektrik yang dipasang di hadapan (FWD) dengan kuasa keseluruhan 163 hp dan 315 Nm, menjadikannya lebih berkuasa berbanding model C27.


Menjelang kemasukannya ke pasaran Malaysia, Serena baharu ini telah membuat kemunculan pertamanya di Singapura awal tahun ini, di mana MPV ini ditawarkan secara eksklusif dengan pilihan sistem hibrid e-Power. Oleh itu, besar kemungkinan Serena baharu inilah yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. 


Nissan Kicks e-Power


web_MA_CariCarz_MAS2024_Nissan-e-Power-Tech-Showcase_-1.jpgweb_MA_CariCarz_MAS2024_Nissan-e-Power-Tech-Showcase_-6.jpg


Nissan Kicks e-Power dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2024.


Begitu juga dengan Nissan Kicks e-Power. Walaupun ETCM tidak pernah secara rasmi membawa masuk model crossover SUV sub-kompak ini ke pasaran tempatan, peningkatan permintaan terhadap SUV kecil di Malaysia mungkin akan mempengaruhi keputusan firma ini untuk membawa masuk model ini secara rasmi. 


web_MA_CariCarz_MAS2024_Nissan-e-Power-Tech-Showcase_-3.jpgweb_MA_CariCarz_MAS2024_Nissan-e-Power-Tech-Showcase_-4.jpg


Berbeza dengan Serena baharu, ETCM sebenarnya pernah mempamerkan model Kicks e-Power di Malaysia semasa Malaysia Autoshow yang lalu, dengan tujuan untuk mempamerkan sistem hibridnya.


Tidak seperti Nissan Kicks baharu yang dilancarkan di Amerika Syarikat, Kicks e-Power generasi pertama menggunakan konfigurasi trenkuasa yang serupa dengan Serena baharu, tetapi dengan enjin petrol 1.2 liter 3 silinder dan motor tunggal yang kurang berkuasa dengan output 127 hp dan 260 Nm.


Mana satukah model dengan trenkuasa e-Power yang anda nanti-nantikan untuk tiba di Malaysia, Serena atau Kicks? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-03-2026
Berita Auto
Pemilik Nissan Serena C26 & C27: Masa Untuk 'Upgrade' Dah Tiba! Nissan Serena e-Power C28 2026 Dilancar Esok!
Kereta Baru
MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.

05-12-2025
Berita Auto
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.

05-11-2026
Berita Auto
PDRM Guna Nissan KICKS e-POWER Untuk Operasi

PDRM Guna Nissan KICKS e-POWER Untuk Operasi

Bukan Calang-Calang! PDRM Uji Kehebatan SUV Elektrik Nissan KICKS e-POWER.

05-08-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Berita Auto
Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.

25-07-2025
Berita Auto
Bilik Pameran Baharu:  ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

Bilik Pameran Baharu: ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

ETCM membuka sebuah bilik pameran di Kluang, Johor baru-baru ini.

04-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto
Harga Minyak Mingguan

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto
JETOUR Malaysia Pasang Lebih  10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.