Orang SABAH Paling Suka Proton, Jadi Proton Buka Gudang Untuk Penuhi Permintaan
-full.jpg)
Pengeluar kereta Nasional PROTON telah membuka pusat pergudangan bahagian baru (RPC) di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.
Pusat pergudangan itu dibina bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negeri ketiga tertinggi untuk penjualan kenderaan PROTON di Malaysia.
Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan, PROTON Edar, Edmund Lim berkata, gudang PROTON yang sebelumnya di Sabah telah penuh dengan alat ganti selain beroperasi secara tidak cekap akibat kekurangan ruang.

“Jadi, pembukaan fasiliti baru di Kota Kinabalu ini akan melengkapkan fasiliti yang sedia ada di Kuching, dan kedua-duanya akan berfungsi secara kolektif sebagai pusat pengedaran alat ganti dan komponen selepas jualan untuk Malaysia Timur.
“Peningkatan keseluruhan dan penyimpanan ini telah mewujudkan penampan untuk lonjakan dan turun naik permintaan, membolehkan kami meningkatkan daya pemprosesan alat ganti,” katanya dalam satu kenyataan.
Gudang penyimpanan dan pengedaran alat ganti syarikat ini dikatakan mampu mengurangkan masa penghantaran alat ganti sebanyak 30%.

Ia susulan daripada peningkatan kapasiti pengeluaran daripada PROTON Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB) di Malaysia Barat serta alat ganti yang diperoleh melalui penghantaran terus dari luar negara.
Terletak di kawasan komersial di Inanam, RPC terbaru PROTON mempunyai ruang lantai kira-kira 28,000 kaki persegi, iaitu 2.5 kali ganda lebih besar daripada lokasi sebelumnya.
Ia boleh menerima sebanyak enam kontena alat ganti di lokasi secara serentak berbanding dengan dua kontena sebelum ini.
Kemudahan ini kini boleh memproses purata 26 kontena sebulan untuk memanfaatkan sepenuh keupayaannya menyimpan stok selama tiga bulan.
Dengan lebih banyak ruang penyimpanan untuk alat ganti, masa penghantaran ke pengedar dan pelanggan dapat dikurangkan.

Dalam perkembangan sama, RPC PROTON di Malaysia Timur dikatakan boleh mengendalikan sehingga 28 kontena dari Malaysia Barat dan luar negara setiap bulan, iaitu peningkatan kapasiti daripada 24 kontena sebulan.
Dengan peningkatan penghantaran alat ganti, pemenuhan pesanan syarikat di Sabah dijangka akan meningkat secara pesat dengan keupayaan untuk menyimpan stok selama tiga bulan.
PPCSB juga telah melancarkan sistem pengurusan gudang (WMS) baru di semua lokasi awal tahun ini.
Ia membolehkan kapasiti penghantaran harian di RPC terbaru meningkat sebanyak 66% kepada 300 baris pada bulan Julai daripada 180 baris sebelumnya, dengan kapasiti maksimum 400 baris dijangka dicapai menjelang September.

Difahamkan, ruang tambahan membolehkan pengagihan 8,500 bakul untuk menyimpan alat ganti, meningkat dari 5,000 bakul di fasiliti sebelumnya.
Hasilnya, nilai stok dijangka meningkat sebanyak 1.5 kali ganda kepada RM9 juta menjelang Disember 2024, meningkat daripada RM5.8 juta setahun sebelumnya
Sementara itu, pegangan pasaran PROTON di Sabah telah meningkat secara berterusan daripada 10% pada 2018 kepada 25.9% pada 2023 dan kini berada pada 27.4% setakat ini untuk tahun 2024, didorong oleh populariti model siri X baru serta Proton Saga yang kekal relevan.
Pada tahun 2023, jualan kenderaan PROTON di Malaysia Timur menyumbang 15.8% kepada jumlah jualan keseluruhan syarikat. Model PROTON yang paling laris adalah Proton Saga dengan 13, 700 unit, diikuti oleh Persona dengan 4,264 unit dan Proton X50 dengan 2,955 unit.
“Jualan PROTON di Malaysia Timur telah meningkat sebanyak 3.1 kali ganda kepada 23,871 unit pada tahun 2023 dari 7,697 unit pada tahun 2018.
“Dengan 8,000 tempahan untuk Proton X50 2024 dan pelancaran Proton X70 2025 tidak lama lagi, kami menjangkakan satu lagi peningkatan di negeri ini menjelang akhir tahun,” tambahnya .
Oleh itu, dengan peningkatan jualan yang membawa kepada permintaan alat ganti yang lebih tinggi, pelancaran pusat bahagian yang lebih besar dan canggih akan memastikan bekalan alat ganti yang mencukupi bukan sahaja untuk kenderaan baru tetapi juga meningkatkan perkhidmatan selepas jualan kami.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY6373
SELANGOR
BSV1594
JOHOR
JH4869J
PULAU PINANG
PSH4371
PERAK
APN358
PAHANG
CFJ4213
KEDAH
KGJ8455
NEGERI SEMBILAN
NEM6065
KOTA KINABALU
SJV2084
KUCHING
QAB342Q
Terakhir Kemas Kini 17 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jajaran PLUS, Senai-Desaru Dibuka Awal Tahun 2027
Ada berita baik untuk orang Johor, Jajaran PLUS, Senai-Desaru bakal dibuka awal tahun depan.
17-11-2026
Honda Sumber Auto Edaran PJ Ditutup Selepas 25 Tahun Beroperasi
Selepas 25 Tahun Beroperasi, Honda Sumber Auto Edaran PJ Akhirnya Tutup.
17-11-2026
LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah
Sayangilah LTU: Simpan Sampah Dalam Kereta, Bukan Campak ke Jalan.
16-11-2026
BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW Terpakai
BMW, UM Melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Menggunakan Bateri Hayat Kedua Kenderaan Elektrik BMW untuk Kampung Orang Asli di Pahang.
16-11-2026
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai kereta pendahulu KLHALF Marathon 2026 sebelum pelancaran rasmi.
16-11-2026
Proton S70 Cecah 82,488 Unit, Apa Rahsia Kejayaannya?
Dari Sedan Turbo Bajet Ke 82,488 Unit: Apa Sebenarnya Buat Ramai Tukar Ke Proton S70?
16-11-2026
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
