Pengurusan Motor Image Bakal Dirombak?

Nampaknya Motor Image Group (Motor Image), yang dimiliki oleh Kumpulan Tan Chong International Limited (TCIL) sudah bersedia untuk melakukan rombakan dan penstrukturan pengurusan terutamanya di peringkat atasannya.
Bagi yang tidak tahu, Motor Image ialah pengedar serantau yang dilantik oleh Subaru, dan ia hadir di seluruh negara ASEAN termasuk Malaysia.
Dikhabarkan, salah satu pasaran terbesar dan paling laris ialah Filipina, dan penstrukturan semula pihak pengurusan juga akan berlaku di cawangan yang berpangkalan di sana( Filipina).
Terdahulu, laporan yang diterbitkan oleh laman web permotoran yang berpangkalan di Filipina, Visor.ph telah memetik sumber dari dalam Motor Image Filipina yang mendedahkan , Timbalan Pengerusi TCIL lama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Motor Image, Glenn Tan sudah pun melepaskan jawatannya

Tan juga merupakan sebahagian daripada keluarga pengasas Tan Chong.
Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa bekas ketua jualan wilayah Motor Image, Philip Lu kini mengetuai firma terbabit.
Bagaimanapun, mengenai pengambilan alihan jawatan itu masih belum didedahkan secara rasmi.

Laporan itu turut menyebut bahawa segala perubahan dalam polisi kebanyakannya tertumpu pada isu berkaitan pengurusan mikro dari Singapura.
Pada masa sama, laporan itu turut menyatakan bahawa kakitangan pegawai Motor Image yang bertugas di pelbagai pengedar kini akan melaporkan kepada pengurus negara masing-masing.
Namun tindakan yang diambil itu dilihat mustahil kerana mengikut sejarah, ibu pejabat Motor Image di Singapura sememangnya mengawa selia jenama Subaru di rantau ini.

Jadi, tiada sebarang keputusan boleh dibuat tanpa kelulusan daripada Glenn Tan secara peribadi.
Apapun, dasar membuat keputusan ini telah lama disebut-sebut oleh ramai pemerhati selain mengutuk operasi Motor Image.
Ramai menyifatkan bahawa tindakan itu hanya menghalang pasaran tempatannya dan menyebabkan kadar jualan yang perlahan.
Satu lagi isu yang dibangkitkan ialah kadar pusingan ganti pekerja yang agak tinggi.
Lebih teruk lagi apabila pegawai atassan Subaru kini memilih untuk beralih kepada model CBU Jepun sahaja.
Disebabkan itulah CariCarz.com difahamkan bahawa rangkaian Motor Image Malaysia kini dikecilkan.
Apapun, setakat ini, masih belum diketahui bagaimana perubahan pengurusan akan dilakukan di Motor Image.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9142
SELANGOR
BSQ9127
JOHOR
JYB375
PULAU PINANG
PSD1837
PERAK
APJ3044
PAHANG
CFG8104
KEDAH
KGG5684
NEGERI SEMBILAN
NEK6829
KOTA KINABALU
SJS4605
KUCHING
QAB221P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang
Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.
02-01-2026
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
30-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun
Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.
17-06-2025
Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K
Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
04-03-2025
Subaru Crosstrek Hybrid Didedah! Harap Ada Sambutan
Subaru mendedahkan Subaru Crosstrek Hybrid ke Amerika Utara pada minggu lepas
20-01-2025
Subaru WRX STI S210 Hanya Ada 500 Unit, Siri S Pertama Guna CVT
Subaru membawa masuk model berprestasi tinggi yang diasaskan daripada WRX S4 STI Sport R EX, Subaru WRX STI S210.
13-01-2025
Subaru BRZ Purple Edition, Hanya 500 Dijual Di Amerika Utara
Apa yang cukup menarik ialah, edisi terhad ini hanya hadir dengan kotak gear manual enam kelajuan.
24-10-2024
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat