ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengurusan Motor Image Bakal Dirombak?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya Motor Image Group (Motor Image), yang dimiliki oleh Kumpulan Tan Chong International Limited (TCIL) sudah bersedia untuk melakukan rombakan dan penstrukturan pengurusan terutamanya di peringkat atasannya.

Bagi yang tidak tahu,  Motor Image ialah pengedar serantau yang dilantik oleh  Subaru, dan ia hadir di seluruh negara ASEAN termasuk Malaysia.

Dikhabarkan, salah satu pasaran terbesar dan paling laris ialah Filipina, dan penstrukturan semula pihak pengurusan juga akan berlaku di cawangan yang  berpangkalan di sana(  Filipina).

Terdahulu, laporan yang diterbitkan oleh laman web permotoran yang berpangkalan di Filipina, Visor.ph telah memetik sumber dari dalam Motor Image Filipina  yang mendedahkan , Timbalan Pengerusi TCIL lama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Motor Image, Glenn Tan sudah pun melepaskan jawatannya

image.png

Tan juga merupakan sebahagian daripada keluarga pengasas Tan Chong.

Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa bekas ketua jualan wilayah Motor Image, Philip Lu kini mengetuai firma terbabit.

Bagaimanapun, mengenai pengambilan alihan jawatan itu masih belum didedahkan secara rasmi.

image.png

Laporan itu turut menyebut bahawa segala perubahan dalam polisi kebanyakannya tertumpu pada isu berkaitan pengurusan mikro dari Singapura.

Pada masa sama, laporan itu turut menyatakan bahawa kakitangan pegawai Motor Image yang bertugas di pelbagai pengedar kini akan melaporkan kepada pengurus negara masing-masing.

Namun tindakan yang diambil itu dilihat mustahil kerana  mengikut sejarah, ibu pejabat Motor Image di Singapura sememangnya mengawa selia jenama  Subaru di rantau ini.

image.png

Jadi, tiada sebarang keputusan boleh dibuat tanpa kelulusan daripada Glenn Tan secara peribadi. 

Apapun, dasar membuat keputusan ini telah lama disebut-sebut oleh ramai pemerhati selain mengutuk operasi Motor Image. 

Ramai menyifatkan bahawa tindakan itu hanya menghalang pasaran tempatannya dan menyebabkan kadar jualan yang perlahan.

Satu lagi isu yang dibangkitkan ialah kadar pusingan ganti pekerja yang agak tinggi.

Lebih teruk lagi apabila pegawai atassan Subaru kini memilih untuk beralih kepada model CBU Jepun sahaja.

Disebabkan itulah CariCarz.com difahamkan bahawa rangkaian Motor Image Malaysia  kini dikecilkan.

Apapun, setakat ini, masih belum diketahui bagaimana perubahan pengurusan akan dilakukan di Motor Image.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

02-01-2026
Global

08-12-2025
Global

17-11-2025
Global

31-10-2025
Kereta Baru

22-09-2025
EV

18-07-2025
Global

18-04-2025
EV

17-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.