Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67: Proton e.MAS 7 Ambil Bahagian

Nampaknya, model kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, Proton e.MAS 7 akan membuat penampilannya sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 ini.
Bagaimanapun, Proton e.MAS 7 ini akan membuat kemunculan istimewanya dengan pelekat penyamaran khas bertemakan warna Jalur Gemilang.
EV Proton itu adalah sebagai sebahagian 25 kereta yang terdiri daripada pelbagai model Proton
Perarakan Hari Kebangsaan itu adalah peluang keemasan untuk syarikat mempamerkan kemajuan mereka sepanjang empat dekad.

Barisan 25 kereta syarikat akan merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga asal hingga Proton X70 2025, yang telah dilancarkan hanya dua minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTOn, Dr. Li Chunrong berkata, di sebalik meraikan masa lalu, PROTON juga prihatin untuk melihat ke masa hadapan industri automotif.
“Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk menampilkan PROTON e.MAS 7 dalam barisan perarakan kami walaupun ia belum dilancarkan
“Langkah itu sebenarnya untuk membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat dengan lebih dekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut mengenai model Proton e.MAS 7, beliau berkata, oleh kerana model itu bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran
“Bagi menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia," ujarnya.

Menurutnya, e.MAS 7 bukan sahaja EV pertama PROTON, tetapi ia juga merupakan model Proton pertama yang dibangunkan secara serentak dengan pasukan di Geely.
Ini membolehkan masa pengeluaran yang lebih singkat untuk versi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan juga menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi serta perkongsian kos pembangunan.
“Bukti kejayaan akhir usaha ini adalah penerimaan pembeli di Malaysia dan pasaran eksport kami.
“Bagi memastikan hasil yang positif, setiap langkah dalam pembangunan, pemasaran, jualan, dan perkhidmatan selepas jualan bagi model ini telah diberi perhatian penuh oleh PROTON," tambahnya lagi.
PROTON, yang kini berumur 41 tahun, merupakan sebahagian penting dalam sejarah Malaysia dan kisah perindustrian ekonomi negara.
Terdahulu, Proton mendedahkan kenderaan elektrik pertamanya yang dikenali sebagai e.MAS 7 di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam, baru-baru ini.

Proton menegaskan bahawa model EV itu bukannya model rebadge Geely Galaxy E5 memandangkan ia dibangunkan oleh kedua-dua pihak syarikat.
Difahamkan, model ini dilengkapi dengan satu motor elektrik yang menghasilkan kuasa sehingga 218PS.

Kenderaan ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 175 km/j.
Malah, dua pilihan bateri yang ditawarkan, iaitu 49.52 kW dan 60.22 kW,dimana ia memberikan jarak perjalanan masing-masing 440 km dan 530 km mengikut piawaian CLTC.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut
Proton e.MAS 7 PHEV CKD mula dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Tanjung Malim.
01-08-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat