Proton X50 RC 2024 Kini Di Hati Rakyat M'sia, Ada Sebab Kenapa RC Laku Keras..
Percaya atau tidak, Proton X50 2024 kembali menempa nama apabila 2,585 unit terjual pada bulan lepas sahaja namun ia bukanlah Proton X50 biasa tetapi ia adalah edisi ProtonX50 RC 2024.
Maka tidak hairanlah mengapa orang Malaysia jatuh hati dengan edisi Proton X50 RC 2024.
Kalau nak tahu, apakah perbezaaan Proton X50 2024 dengan Proton X50 RC 2024, anda boleh klik artikel ini: https://www.caricarz.com/bm/news/2024/06/proton-x50-rc-nampak-sama-tapi-ada-5-perkara-anda-wajib-tahu/12569
Bagaimanapun, Proton X50 RC yang baru dua bulan lepas bukannya model Facelift tetapi dinamakan sebagai Running Change (RC).
Namun, Proton mengakui sejak pelancaran Proton X50 2024 di kemuncak pandemik pada 27 Oktober 2020, hampir 120,000 unit Proton X50 telah terjual,
Ini sekali gus menjadikannya SUV yang paling cepat terjual dalam sejarah automotif Malaysia.
Apa yang cukup menarik ialah walaupun menghadapi persaingan sengit daripada pesaing baru dari Jepun dan China, model ini berjaya memperoleh pegangan pasaran sebanyak 10.3% dalam segmen SUV dari Januari hingga Jun 2024.
Model ini telah melebihi kenderaan lain dalam segmen pasaran yang sama dan menonjolkan kepercayaan pelanggan terhadap tawaran PROTON.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Roslan Abdullah berkata, prestasi jualan Proton X50 2024 pada pulan Julai adalah bukti kepada usaha keras dan komitmen seluruh pasukan di PROTON yang peka terhadap maklum balas pelanggan.
“Gabungan prestasi, keselamatan dan ketersambungan model dilihat memenuhi keperluan mereka.
“Jadi, PROTON telah membuat penambahbaikan dalam pengeluaran tempatan dan peningkatan yang mengutamakan pelanggan telah memastikan Proton X50 kekal di hadapan pesaing,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk edisi Proton X50 RC 2024, Proton telah menambahkan 20 poin untuk bunyi, getaran, dan kekasaran (NVH) untuk memberikan keselesaan pemanduan.
Malah, sistem infotainmennya juga telah dinaik taraf dengan paparan 10.3 inci yang kini menjadi standard di seluruh rangkaian, dan perkakasan baru dipasang untuk meningkatkan masa mula dan masa memuat, serta dilengkapidengan telematik melalui aplikasi Proton Link.
Selepas memperoleh maklum balas daripada pelanggan, sistem kamera 360 darjah juga telah dinaik taraf dan kini menampilkan paparan ‘3D Live Feed’ untuk memberikan bantuan pengendalian yang lebih baik.
Sementara itu, varian Flagship dan Premium kini dilengkapi secara standard dengan pintu belakang elektrik yang sebelum ini merupakan ciri pilihan.
Maka, tidak hairanlah mengapa prestasi jualannya cukup kukuh kerana Proton X50 2024 bukan sahaja berjaya menarik perhatian pembeli lelaki tetapi wanita.
Dalam pada itu, lebih daripada 60% pelanggan berumur antara 26 hingga 50 tahun, menunjukkan daya tarikannya kepada kedua-dua professional muda dan mereka yang berkeluarga.
Di sebalik itu, anda jangan risau mengenai perkhidmatan Proton selepas jualan.
Ini kerana terdapat 157 pusat PROTON 3S/4S di seluruh negara dimana pihak Proton sentiasa mahu keperluan penyelenggaraan dan selepas jualan pelanggan dipenuhi dengan mudah.
Apapun, dengan inovasi yang berterusan dan peka terhadap keperluan pelanggan, PROTON X50 2024 dijangka akan mengekalkan kedudukannya dalam kategori SUV segmen B yang sangat kompetitif.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG5388
SELANGOR
BSF5419
JOHOR
JYA5862
PULAU PINANG
PRR5375
PERAK
ANW7194
PAHANG
CFC1641
KEDAH
KGA9589
NEGERI SEMBILAN
NEG2524
KOTA KINABALU
SJL3321
KUCHING
QAB5226L
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Terkini
Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan
Percaya atau tidak, Kementerian Kerja Raya (KKR)memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya di negara ini secara serentak.
19-06-2025
Orang Awam Marah Polis, Rupanya Kereta Peronda Ada Masalah Teknikal
Seorang pemandu berang selepas kereta peronda polis yang tidak mempunyai lampu brek, berhenti secara tiba-tiba di tepi jalan.
19-06-2025
Penunggang Motosikal Maut Selepas Terempuh Treler
Seorang lelaki menemui ajal sejurus merempuh treler yang membuat pusingan U.
19-06-2025
Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025
Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) sekali gus menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.
18-06-2025
MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi
Persatuan Auomotif Malaysia (MAA) mendedahkan Jumlah Volum Industri (TIV) meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada 68,007 unit pada Mei lalu.
18-06-2025
Akhirnya Harga Minyak Naik! Harga Runcit RON97, Diesel Naik 7 Sen Bermula Esok
Harga runcit RON97, diesel naik tujuh sen bermula esok.
18-06-2025
Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900
MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.
18-06-2025
Gagal Pemeriksaan Tayar: 600 Kenderaan Perdagangan Guna Tayar Tidak Ikut Spesifikasi
Kebanyakan kenderaan perdagangan didapati menggunakan tayar tidak selamat.
18-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat