Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) di Malaysia sekali gus menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.
Untuk itu, HMY akan memperkenalkan tiga model baharu yang terdiri daripada segmen SUV dan MPV dimana pengeluaran tempatan dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2025.
Hyundai juga merancang untuk meneruskan operasi pemasangan tempatan di Kedah, Malaysia, bermula pada suku ketiga tahun 2025.

Kemudahan ini dijangka akan mengeluarkan sehingga tujuh (7) model kenderaan dalam tempoh lima tahun, sekali gus mengintegrasikan Malaysia ke dalam rangkaian pengeluaran global Hyundai.
HMY juga menyatakan bahawa ia kini telah menubuhkan ibu pejabat di Menara Affin @TRX dengan jumlah tenaga kerja yang dijangka mencecah 100 orang menjelang akhir tahun ini
Selaras dengan aspirasi negara ke arah kelestarian, peluasan operasi pembuatan Hyundai akan memberi tumpuan pada peringkat awal kepada pemasangan tempatan bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Ini termasuk pelbagai model SUV dan MPV yang direka khusus untuk memenuhi permintaan tinggi rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna berspesifikasi tinggi.
Dengan peningkatan kapasiti pengeluaran, kira-kira 30 peritus daripada kenderaan yang dipasang di Malaysia akan dieksport ke pasaran jiran.
Sementara itu, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, ketika mengulas mengenai langkah pengembangan Hyundai ke pasaran Malaysia berkata, Malaysia merupakan pasaran yang sangat berpotensi, ia mencatat permintaan tertinggi untuk kenderaan penumpang di ASEAN sebanyak 35%.
"Pertumbuhan KDNK yang stabil pada kadar 4.3% turut mencerminkan keyakinan pengguna yang tinggi serta peningkatan kuasa membeli.” Keadaan inilah yang akan memacu inovasi dan pelaburan jangka panjang. Melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan, Malaysia menjadi lokasi ideal untuk memperluaskan kehadiran
Hyundai dan menubuhkan hab utama dalam strategi pengembangan Hyundai di rantau Asia Pasifik," katanya.
Difahamkan, Sime Motors akan terus menjadi rakan kongsi penting dalam usaha Hyundai melebarkan sayapnya Malaysia, sebagai sebahagian daripada rangkaian pengedarnya.
Hyundai telah menjadi nama yang tidak asing lagi di jalan raya Malaysia sejak awal tahun 2000-an. Kedudukannya di pasaran tempatan semakin kukuh, terutamanya selepas menjalinkan kerjasama strategik dengan Sime Motors (ketika itu dikenali sebagai Sime Darby Motors) pada tahun 2004.


Sepanjang tempoh tersebut, rakyat Malaysia telah menyambut baik pelbagai model keluaran Hyundai yang merangkumi pelbagai rangkaian kuasa (ICE, Hibrid, BEV & HFCV), daripada sedan, SUV dan MPV popular hinggalah kepada kenderaan gaya hidup seperti Elantra, Veloster, Palisade, Sonata, Tucson, Santa Fe, Starex, dan Staria, serta kenderaan elektrik dan cekap tenaga yang lebih baharu seperti IONIQ Hybrid, dan IONIQ 5 N. '

Secara keseluruhannya, kenderaan-kenderaan ini telah mencatatkan jumlah jualan melebihi 147,862 unit, membuktikan penerimaan di pasaran yang semakin meningkat dan pangkalan pelanggan yang setia kepada Hyundai.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Hyundai Motor Malaysia Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC Musim 2025-2026
Hyundai Motor Malaysia (HMY) muncul sebagai ‘Rakan Mobiliti Rasmi’ bagi pasukan bola sepak Selangor FC untuk Liga Super Malaysia (MSL) 2025-2026.
10-08-2025
Berita Terkini
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Puspakom Periksa Bawah Kenderaan Komersial Hanya 1 Minit. Ini Hakikat Sebenar Disebalik Teknologi AI.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat