Proton X70 2025 Dilancarkan Di Sabah, Sarawak – Dari RM100,800

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini telah melancarkan secara rasmi Proton X70 2025 di Sabah dan Sarawak, dalam satu majlis yang diadakan di Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, sebentar tadi.
Seperti di Semenanjung Malaysia, empat varian ditawarkan bermula daripada RM100,800 untuk varian Standard hingga RM128,800 untuk varian tertinggi, Premium X.
Sentuhan Baharu Pada Rekaan Proton X70 2025


Proton X70 yang telah diberikan penyegaran kini tampil dengan wajah depan baharu yang diilhamkan daripada dua model Proton terkini, iaitu sedan S70 dan SUV X90.
Di bahagian hadapan, X70 ini diberikan gril baharu bercorak berlian 'Infinite Width' yang diinspirasikan daripada corak songket. Gril ini diapit oleh lampu LED dan bampar depan yang telah diberikan rekaan semula.


Dari sudut tepi, Proton X70 2025 kini menggunakan set rim baharu berukuran 17 inci untuk model asas, 18 inci untuk varian Executive dan 19 inci untuk dua varian Premium yang lebih tinggi.
Bahagian belakang kenderaan turut menerima sentuhan baharu dengan bampar yang lebih garang dengan faux diffuser gelap.

Terdapat lima pilihan warna ditawarkan untuk Proton X70 2025, iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red dan warna baharu, Marine Blue yang turut ditawarkan pada model S70 dan X90.
Sentuhan Baharu di Dalam Kabin Proton X70 2025


Papan pemuka (dashboard) X70 kali ini lebih menyerlah dan berbeza dengan panel pencahayaan ambien, kemasan hitam berkilat pada beberapa sudut kabin, serta stereng tiga jejari terbaru.

Namun, perubahan paling ketara ialah skrin infotainmen berukuran 12.3 inci yang kini menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Fungsi ini bagaimanapun tidak akan disertakan secara terus, sebaliknya akan diperkenalkan melalui kemas kini perisian over-the-air (OTA) oleh cabang teknologi Proton, ACO Tech, pada masa akan datang.


Antara perubahan lain termasuklah headliner serba hitam, tempat duduk dalam balutan kulit Nappa Stone Grey yang mewah untuk varian Premium dan banyak lagi.
Peningkatan Ciri Keselamatan


Dari segi keselamatan, Proton X70 2025 kini menyokong keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2 yang dibantu oleh kehadiran beberapa fungsi baharu ADAS seperti kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi henti-mula serta bantuan pemusatan di laluan jalan (LCA).
Penambahan ini menjadikan secara keseluruhannya 13 fungsi ADAS disediakan, lebih banyak daripada model terdahulu.
Trenkuasa Kekal Sama

Kesemua varian Proton X70 2025 secara standard dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5 liter 3 silinder TGDi yang menghasilkan 177 ps dan 255 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik DCT 7 kelajuan. Pilihan varian dengan enjin 1.8 liter 4 silinder TGDi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) kini tidak lagi ditawarkan.
Harga Jualan
-full.jpg)
Untuk pasaran Sabah dan Sarawak, Proton X70 2025 ditawarkan pada harga RM100,800 untuk varian Standard, RM112,800 untuk varian Executive, RM 125,800 untuk varian Premium dan RM128,800 untuk varian tertinggi, Premium X. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insurans.
Pembelian didatangkan dengan jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun dan enam kali servis tanpa caj buruh, program Insurans Proton, serta kadar faedah pembiayaan rendah bermula dari 2.4% setahun. Selain itu, pembeli juga akan menerima pakej data 1GB sebulan selama lima tahun.
Sementara itu, 3,000 pelanggan pertama Proton X70 2025 akan menerima rebat bernilai sehingga RM7,000, sokongan pertukaran [kenderaan] bernilai sehingga RM2,800, serta pelan Insurans Proton yang dinaik taraf.
Bagi yang berminat, boleh kunjungi mana-mana pusat pengedaran Proton yang berdekatan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge