Umur Tunggang Motor PERLU Dinaikkan Dari 16 Kepada 19 Tahun, Ada SEBABNYA

Pakar mencadangkan supaya umur minimum untuk menunggang motosikal sepatutnya dinaikkan kepada 19 tahun gara-gara kemalangan membabitkan penunggang motosikal semakin membimbangkan.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, kadar kemalangan mencecah 600,000 kes tahun lalu serta peningkatan kematian penunggang motosikal daripada 60 peratus kepada 75 peratus amat memerlukan tindakan dan langkah berkesan bagi mengatasi trend ini.
"Kita perlu mengurangkan pendedahan dan penggunaan motosikal terutama dalam kalangan remaja dengan menaikkan umur minimum menunggang motosikal daripada 16 tahun kepada 19 tahun.

"Perubahan dasar ini bertujuan mengurangkan bilangan penunggang muda yang kurang berpengalaman di jalan raya, seterusnya mengurangkan pendedahan mereka kepada risiko dan akhirnya menurunkan bilangan kematian dalam demografi ini,” katanya.
"Salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan kemalangan berkaitan motosikal adalah dengan memisahkan motosikal dari kenderaan lain secara fizikal bagi mengurangkan kemungkinan perlanggaran antara motosikal dan kenderaan yang lebih besar.
"Cadangan saya, membina lebih banyak lorong motosikal khusus di kawasan kritikal contohnya konsep Lorong Motosikal Biru yang berjaya dilaksanakan di Sao Paulo, Brazil.
"Inisiatif ini mengurangkan kemalangan dan kecederaan motosikal dengan ketara dengan menyediakan ruang selamat yang khusus untuk penunggang motosikal serta mengelakkan konflik dengan pengguna jalan raya lain," katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, beliau mengakui kempen kesedaran jalan raya kurang berkesan antara punca kemalangan jalan raya termasuk kematian 12 penunggang motosikal sehari.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung
Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.
03-02-2026
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut
Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.
27-01-2026
Motosikal Gesel, Remaja Maut
Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).
26-01-2026
Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung
Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.
19-01-2026
Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler
Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.
12-01-2026
Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi
Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.
29-12-2025
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
