UMWT Dah Jual Kereta Dari Jan-Julai, Lebih 55K Kereta

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencapai jualan yang memberangsangkan pada Julai lepas apabila jualan bulanan melebihi 9,000 unit.
Jumlah yang dicatatkan pada Julai itu sekali gus menjadikan jumlah jualan dari Januari hingga Julai tahun ini kepada lebih 55,800 unit.

UMWT berkata, hasil jualan itu dikecapi selepas pihaknya memberi fokus strategik pada inovasi.
“Selain itu, kepuasan pelanggan telah memacu kejayaan inisiatif dan promosi, yang mana akhirnya diterjemahkan kepada pencapaian jualan ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Berdasarkan momentum itu, UMWT telah memperluaskan barisan model Lexus dengan memperkenalkan dua model baharu bulan lalu, Lexus RZ 450e dan Lexus LBX.


Difahamkan, dua model baharu Lexus itu direka untuk segmen SUV permulaan, memperdalam fokus mereka menerusi kempen 'More than Electric' yang menekankan strategi elektrifikasi.
Melalui inisiatif itu, Lexus Malaysia sedang mentakrifkan semula kemewahan dengan pandangan ke arah masa depan yang mampan dan elektrik.

Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk meningkatkan pengalaman membeli, UMWT turut memperkenalkan promosi 'Discover Merdeka Exclusives' bagi Ogos 2024.
Pembeli kereta boleh menikmati penjimatan promosi yang meluas, termasuk promosi bernilai sehingga RM8,000 untuk Corolla Cross Hybrid Electric, dengan ansuran pembelian bulanan bermula dari hanya RM1,058.
Program Toyota Service Savers turut menawarkan ansuran bulanan yang mudah bermula daripada serendah RM31.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD7330
SELANGOR
BSR1710
JOHOR
JYB3950
PULAU PINANG
PSD3423
PERAK
APJ4267
PAHANG
CFG8759
KEDAH
KGG6703
NEGERI SEMBILAN
NEK7426
KOTA KINABALU
SJS5734
KUCHING
QAB632P
Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat