ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-09-28-at-16.03.44.jpeg

Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) melalui anak syarikatnya Central Auto Distributors Bhd (CADB) mengumumkan bahawa pihaknya telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada  hujung tahun ini.

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, pelantikan itu menandakan komitmen mereka  untuk menggerakkan industri automotif Malaysia ke arah elektrik

WhatsApp-Image-2024-09-28-at-16.03.45.jpeg

”Proses R&D menyeluruh ini menunjukkan dedikasi kami untuk menawarkan kenderaan yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan untuk pelanggan kami,” katanya.

Apa yang diketahui setakat ini ialah Dongfeng Box akan didatangkan dalam dua varian: Dongfeng Box Standard dan Dongfeng Box Long Range.

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm. 

image.png

Jentera ini menawarkan jarak perjalanan mengagumkan sejauh 430 km dengan sekali cas. 

Malah, kenderaan ringan sepenuhnya elektrik ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini, termasuk Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dengan bantuan pengawalan lorong, kawalan pelayaran adaptif, dan amaran perlanggaran, serta sistem parkir automatik, menjadikannya pilihan ideal untuk pengangkutan bandar.

image.png

Sementara itu, Pengarah Operasi CADB, Datuk SM Zulkifli  SM Amin pula berkata, kejayaan penyelesaian fasa R&D dan pelantikan pengedar-pengedar itu menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada kenderaan elektrik yang berkualiti dan boleh dipercayai. 

“Kerjasama dengan Dongfeng Motor sebenarnya membolehkan kami menyesuaikan Dongfeng Box untuk memenuhi keadaan pemanduan unik di Malaysia, dan kami yakin ia akan mengubah landskap sektor EV,” ujarnya.

Difahamkan, 3 unit Dongfeng Box sudah pun  menyelesaikan fasa akhir Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dengan menjalankan ujian jalan raya secara menyeluruh oleh pasukan jurutera dari Dongfeng Motor, baru-baru ini.

WhatsApp-Image-2024-09-28-at-16.04.02.jpegWhatsApp-Image-2024-09-28-at-16.04.03.jpeg

Ujian ini meliputi pelbagai jenis permukaan jalan, keadaan pemanduan, dan faktor persekitaran di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan jarak perjalanan sejauh 45,000 kilometer bermula Julai hingga September 2024.

Ujian yang dijalankan, termasuk Ujian Ketahanan Adaptif (DAT), Ujian Jalanan Elektrikal (ERT), dan Ujian Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), bukan sahaja mengesahkan ketahanan Dongfeng Box tetapi juga memperkenalkan penambahbaikan dalam navigasi, ciri-ciri keselamatan, dan Digital Head Unit (DHU) untuk memenuhi keperluan dan kehendak pemandu Malaysia. 

Fasa akhir R&D ini memastikan Dongfeng Box siap untuk jalan raya Malaysia, memenuhi keperluan harian dengan kecekapan, keselamatan, dan keselesaan.

Berikut adalah pengedar sah Dongfeng Box:

SNIP.pngNIP-2.png

Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://pekema.org.my/


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6739

SELANGOR

BSU9187

JOHOR

JH1538J

PULAU PINANG

PSH2904

PERAK

APM7874

PAHANG

CFJ3646

KEDAH

KGJ7448

NEGERI SEMBILAN

NEM5397

KOTA KINABALU

SJV1032

KUCHING

QAB9625P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

28-01-2025
Kereta Baru

22-11-2024
EV

21-08-2024
EV

17-07-2024
EV

25-06-2024
EV

G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.

29-10-2022
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

06-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.