ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Bentley telah menggantikan enjin signaturnya, W12 kepada tetapan hibrid plug-in V8 elektrik (PHEV).

Susulan pengenalannya dalam Continental GT, tetapan enjin V8 kini turut disumbat dalam kereta saloon Bentley, Bentley Flying Spur Speed 2025.

image.pngimage.png

Enjin 4.0 liter yang menggunakan motor elektrik tunggal dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat kepada 771 hp dan dan 1,000 Nm.

image.png

Maka, ini menjadikan Flying Spur Speed baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.

image.png

Ia yang dilancar dalam versi berprestasi Speed adalah seberat 209 kilogram.

Jentera ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam  3.5 saat  iaitu lebih pantas daripada Flying Spur Speed yang menggunakan enjin W12.

Selain itu, dengan adanya rangkaian kuasa elektrik baharu, ia dikatakan menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik dan menambah pengalaman pemanduan elektrik.

Ia yang disumbat dengan pek bateri berkapasiti 25.9-kWj, membuatkan ia boleh bergerak sejauh  76 KM (WLTP).

image.png

Jika digabungkan dengan dengan tangki penuh petrol, Flying Spur baharu boleh menampung perjalanan sehingga 830 KM yang sebenarnya  lebih jauh berbanding pendahulunya yang menggunakan enjin V6 PHEV.

Bagi memperkuatkan lagi rangkaian kuasanya yang lebih kuat, jurutera Bentley telah memasang Flying Spur Speed baharu dengan gizmos casis untuk memberikan prestasi pemanduan yang lebih baik tanpa menjejaskan keselesaan. 

Terdapat juga  sistem Casis Aktif Prestasi Bentley dengan stereng semua roda, suspensi Bentley Dynamic Ride dengan peredam injap berkembar baharu, vektor tork aktif, Pembezaan Slip Terhad (LSD) yang dikawal secara elektronik dan banyak lagi.

Malangnya, penghantaran Bentley Flying Spur Speed baharu 2025 dijadualkan bermula pada penghujung tahun ini namun hanya di pasaran terpilih,

Ia dianggarkan dijual sekitar £220,000 (RM1.25 juta) untuk pasaran di Britain.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7915

SELANGOR

BSU9386

JOHOR

JH1934J

PULAU PINANG

PSH3136

PERAK

APM8043

PAHANG

CFJ3720

KEDAH

KGJ7510

NEGERI SEMBILAN

NEM5464

KOTA KINABALU

SJV1134

KUCHING

QAB9667P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

11-09-2024
Global

09-05-2024
Global

10-01-2023
Global

30-09-2022
Kereta Baru

07-09-2022
Global

17-08-2022
Global

14-08-2022
Global

19-07-2022

Berita Terkini

Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.