GWM Haval H6 HEV Kini Boleh Ditempah – Harga Bawah RM145K

GWM Malaysia kini secara rasmi membuka tempahan untuk SUV segmen C keluaran GWM, Haval H6 Hybrid Electric Vehicle (HEV). Berdasarkan imej yang dikongsikan, model yang akan tiba di Malaysia itu nanti adalah sama seperti yang dipertontonkan buat pertama kali di negara kita semasa Malaysia Autoshow 2023, bukannya varian facelift terbaru yang dilancarkan di China awal tahun ini.
Harga dan Tawaran kepada Pembeli Terawal

Walaupun harga jualan rasmi masih belum diumumkan, GWM Malaysia menjanjikan varian Premium Ultra akan ditawarkan pada harga di bawah RM145,000, tidak termasuk insurans.
Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan awal sebelum pelancaran rasmi akan menerima waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km, serta jaminan sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000 km. Waranti ini turut merangkumi sistem transmisi hibrid khas (DHT), bateri dan kabel bervoltan tinggi serta unit kawalan transmisi.

Waranti yang ditawarkan tidak boleh dipindah milik dan hanya sah untuk pemilik pertama yang berdaftar. Selain itu, pembeli terawal juga berhak menerima nilai eksklusif RM3,000 dengan bayaran tempahan RM1,000.
Tampil dengan Teknologi Terkini



H6 HEV menggunakan sistem hibrid yang terdiri daripada enjin turbo 1.5 liter 4 silinder dan motor elektrik tunggal. Gabungan ini menghasilkan kuasa yang terbaik dalam segmennya, iaitu sebanyak 240 hp dan 530 Nm.
Dibina atas platform LEMON yang dibangunkan GWM, H6 HEV menawarkan kestabilan dan pengendalian yang lebih baik, ruang kaki yang luas, ruang but yang besar, serta tempat duduk yang hadir dengan ciri pengudaraan untuk pemandu dan penumpang hadapan.

Model ini turut hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan ADAS Tahap 2 yang meningkatkan lagi keselamatan dan kemudahan pemanduan.
Baca: Haval H6 Belum Keluar Tapi Kami Dah "Rasa"
Kejayaan Global Haval H6 HEV
Haval H6 HEV merupakan 'Jenama SUV Terlaris di China' selama 12 tahun berturut-turut, dengan lebih 4 juta unit terjual di seluruh dunia. SUV bersaiz sederhana ini telah membuktikan kebolehpercayaan dan popularitinya di seluruh dunia.
Pemasangan Tempatan
H6 HEV akan menjadi kenderaan pertama GWM Malaysia yang dipasang secara tempatan (CKD) oleh rakan kongsinya, EP Manufacturing Berhad (EPMB),
Tontonan Umum
Untuk melihat model ini dengan lebih dekat, orang ramai dijemput untuk mengunjungi lokasi-lokasi berikut pada tarikh yang dinyatakan:

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX4513
SELANGOR
BSP9178
JOHOR
JYW4588
PULAU PINANG
PSC2054
PERAK
APH3817
PAHANG
CFG4719
KEDAH
KGF8321
NEGERI SEMBILAN
NEK3761
KOTA KINABALU
SJR8506
KUCHING
QAB7429N
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki
SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.
31-03-2026
GWM Haval H6 HEV
Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.
13-03-2026
"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!
GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.
07-03-2026
Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah
Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.
11-02-2026
Berita Terkini
Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN
Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.
14-05-2026
Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!
Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!
14-05-2026
Harga Diesel Turun 30 Sen, RON97 & RON95 Turut Junam Mulai Tengah Malam Ini
Berita Melegakan: Harga Minyak Turun Beramai-ramai, Masa Terbaik Untuk 'Full Tank'!
13-05-2026
Kia Sales Malaysia Perkukuh Operasi Selepas Jualan Menerusi 'Kia Ownership Experience'
Kia Ownership Experience: Inisiatif KSM Memastikan Kereta Anda Kekal Seperti Baharu.
13-05-2026
Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta Ditinggal Di Lorong Kecemasan
Kereta tersebut dipercayai mengalami kerosakan sebelum diletakkan dan ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.
13-05-2026
BUDI95 150 Seliter Sebulan: Ini Kata Menteri
Timbalan Menteri Kewangan menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang pengumuman atau dasar baharu bagi pihak kerajaan termasuk had 150 liter subsidi bagi program Budi95.
12-05-2026
Kuota RON95 Mungkin Turun Ke 150 Liter
Kuota RON95 Mungkin Turun ke 150 Liter: 80% Rakyat Malaysia Tidak Terkesan?
12-05-2026
Bukan Lagi Ikut T20: Ini Kriteria Baharu Subsidi Petrol Yang Anda Perlu Tahu
Bukan Sekadar Gaji: Bagaimana PADU Menilai Kelayakan Subsidi RON95 Secara Lebih Adil.
12-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
