Mercedes-Benz & Factorial Bekerjasama Bangunkan Bateri EV Canggih – Gerak Lebih Jauh, Lebih Selamat

Pengeluar kenderaan mewah Jerman, Mercedes-Benz, baru-baru ini menjalinkan kerjasama dengan syarikat pemula (startup) dari Amerika, Factorial, untuk membangunkan bateri keadaan pepejal (solid-state) baharu. Teknologi bateri yang disasarkan untuk pengeluaran menjelang penghujung dekad ini dijangka dapat meningkatkan jarak perjalanan kenderaan elektrik (EV) dengan ketara.
Bateri Solstice: EV Bergerak Lebih Jauh
Dinamakan sebagai Solstice, bateri keadaan pepejal ini dikatakan mampu meningkatkan jarak perjalanan EV sehingga 80% berbanding bateri sedia ada. Mercedes-Benz dalam kenyataannya memaklumkan bahawa ini adalah hasil daripada ketumpatan tenaga bateri yang tinggi, mencecah 450 watt-jam per kilogram (Wj/kg).

Dalam bateri yang dibangunkan ini, elektrolit cecair yang biasanya digunakan untuk menghantar cas elektrik akan digantikan dengan bahan pepejal. Ini bukan sahaja mengurangkan risiko kebakaran, tetapi juga mengecilkan saiz pek bateri. Selain itu, bateri keadaan pepejal tidak memerlukan sistem penyejukan yang mahal dan berat, membolehkan pengeluar kenderaan mengurangkan kos pembuatan.
“Kami tidak hanya memberi tumpuan kepada kos sel bateri, tetapi juga kos keseluruhan kenderaan,” jelas Huang.
Namun, cabaran utama dalam pembangunan bateri ini termasuk prestasi yang lemah dalam cuaca sejuk dan kecenderungan pek bateri untuk mengembang.
Bateri Keadaan Pepejal Kuasi Bakal Tiba Terlebih Dahulu

Sebelum pengumuman ini, Factorial telah membangunkan bateri keadaan pepejal kuasi (quasi-solid-state) yang sedang diuji oleh pengeluar kenderaan seperti Mercedes-Benz. Menurut Factorial, teknologi ini mungkin akan digunakan untuk EV kegunaan jalan raya seawal tahun 2026.
Factorial memilih untuk membangunkan bateri ini terlebih dahulu kerana ia boleh dihasilkan menggunakan barisan pengeluaran yang sama dengan bateri ion litium konvensional. Ini membolehkan syarikat mempercepatkan pengeluaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Factorial, Siyu Huang.
Sumber: Automotive News Europe, Reuters
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT3086
SELANGOR
BSU3081
JOHOR
JF4396J
PULAU PINANG
PSG2593
PERAK
APM925
PAHANG
CFH9642
KEDAH
KGJ3979
NEGERI SEMBILAN
NEM2253
KOTA KINABALU
SJU4720
KUCHING
QAB7316P
Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge