Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal BYD Secara Besar-Besaran Mula 2030 Nanti
![]()
BYD meluncur ke hadapan dengan pantas dalam aspek pembangunan teknologi terkini. Semasa China All-Solid-State Battery Innovation and Development Summit Forum baru-baru ini, syarikat tersebut mengumumkan bahawa ia telah berjaya mengeluarkan bateri pepejal sepenuhnya (all-solid-state) berkapasiti 60 Ah menerusi barisan pengeluaran percubaan pada tahun 2024.
Sasaran Masa Depan
Menurut Ketua Pegawai Teknologi Shenzhen BYD Lithium Battery Co., Ltd., Sun Huajun, BYD merancang untuk memulakan ujian pemasangan secara besar-besaran sekitar tahun 2027, sebelum memasuki fasa pengeluaran berskala penuh selepas 2030.
-full_normal-full_normal.jpg)
Sun menjelaskan bahawa bateri ternary keadaan pepejal ini berpotensi mencapai harga setanding dengan versi cecairnya selepas skala pengeluaran dipertingkatkan, menjadikannya pilihan utama bagi EV jarak jauh dalam masa terdekat.
Dalam usaha memperkukuh teknologi bateri masa depan, BYD turut menjalankan kajian ke atas bateri keadaan pepejal berasaskan sulfida, yang dijangka menjadi pilihan utama dalam beberapa tahun akan datang.
Cabaran Peralihan

Ketua Saintis BYD dan Dekan Institut Penyelidikan Kejuruteraan Automotif, Lian Yubo, pula menegaskan bahawa teknologi bateri pepejal sepenuhnya masih berdepan pelbagai cabaran dalam tempoh tiga tahun akan datang. Namun, beliau yakin bahawa dalam masa lima tahun, teknologi ini akan lebih praktikal dan mampu dikomersialkan dengan lebih meluas.
Baca: Proton e.MAS 7 Terbukti Efisien, Hanya Guna 30% Bateri Ke Melaka
LFP Masih Relevan, AI Pacu Inovasi Bateri
Walaupun pembangunan bateri pepejal semakin rancak, bateri lithium logam fosfat (LFP) dijangka masih kekal relevan dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi. Ini kerana bateri LFP menawarkan kos lebih rendah dan kestabilan tinggi, menjadikannya pilihan utama bagi kebanyakan EV mampu milik.
Baca: EV Pertama Mazda Bakal Guna Teknologi Bateri Panasonic
Sementara itu, Pengerusi China All-Solid-State Battery Collaborative Innovation Platform (CASIP), Ouyang Minggao, menekankan kepentingan kecerdasan buatan (AI) dalam penyelidikan bateri.
Menurutnya, AI boleh meningkatkan kecekapan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sehingga 10 hingga 100 kali ganda, sekaligus mengurangkan kos pembangunan sehingga 70% hingga 80%.
-full_normal.jpg)
CASIP, yang ditubuhkan pada Januari 2024, menghimpunkan gergasi industri automotif dan bateri China, termasuk BYD FinDreams Battery, CATL, NIO, CALB, EVE Energy dan Gotion High-Tech. Kerjasama ini mencerminkan komitmen industri dalam mempercepatkan inovasi bateri generasi baharu.
Sumber: CarNewsChina
Baca: Malaysia Mampu Main Peranan Penting Dalam Pengeluaran Bateri EV & Kitar Semula E-Waste
Baca: EV Perodua Dijual Tanpa Bateri, Ini Penjelasan Perodua...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Berita Terkini
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
