Model Coupe Mercedes-Benz GLC & GLE Bakal Dihentikan Pengeluaran? – Ini Puncanya...
-full.jpg)
-full.jpg)
Berita ‘kematian’ banyak model kenderaan nampaknya masih belum tiba di penghujung. Jika sebelum ini kebanyakan model yang ditamatkan pengeluarannya adalah model coupe sport, kali ini SUV coupe juga menerima nasib yang sama.
Mengikut langkah BMW yang menamatkan pengeluaran X4, pesaing Jerman firma tersebut, Mercedes-Benz, dikhabarkan sedang mempertimbangkan masa depan dua model SUV coupe syarikatnya iaitu GLC Coupe dan GLE Coupe dalam masa terdekat.
Prestasi Jualan Lemah, Persaingan Semakin Sengit
Kedua-dua model GLC Coupe dan GLE Coupe adalah satu-satunya SUV coupe yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz ketika ini. Model ini bersaing secara langsung dengan BMW X4 dan X6. Namun, sepertimana nasib yang menimpa X4, salah satu sebab mengapa masa depan kedua-dua SUV coupe ini sedang dikaji semula adalah kerana angka jualannya yang lemah. Kedua-dua model coupe ini hanya menyumbang sekitar 10-15% daripada jumlah keseluruhan jualan global model GLC dan GLE.
-full.jpg)
-full.jpg)
Perkara ini didedahkan oleh akhbar Jerman, Handelsblatt yang menerima maklumat daripada beberapa sumber dalaman di Mercedes-Benz.
Ada eksekutif Mercedes yang menyarankan agar kedua-dua model ini dihapuskan terus daripada barisan produk, manakala yang lain mencadangkan supaya model tersebut digabungkan menjadi satu model seperti yang telah dilakukan pada kereta sport dua pintu CLE baharu.
Tiada Versi Coupe Untuk Model Elektrik GLC Yang Akan Datang
-full.jpg)
-full.jpg)
Mengukuhkan lagi alasan ini, pengganti SUV GLC elektrik yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 2026, dijangka tidak akan ditawarkan dalam versi coupe.
Kebanyakan SUV terbaru lebih banyak menerima elemen aerodinamik, ini menjadikan SUV dengan bumbung condong seperti GLC Coupe dan GLE Coupe dilihat kurang relevan.
Walaupun reka bentuk SUV coupe sering mencetuskan perdebatan, tidak dinafikan bahawa ia masih mempunyai peminat setia yang sanggup mengorbankan ruang kepala dan kepraktisan demi penampilan yang lebih sporty. Reka bentuk ini juga menjadi alternatif bagi mereka yang menginginkan gaya fastback sporty tetapi mahukan kenderaan yang lebih tinggi.
Masih Ada Peluang Kedua-dua Model Dikekalkan Buat Sementara Waktu


GLC Coupe baru sahaja menerima kemas kini generasi terbaru tahun lalu, manakala GLE Coupe pula telah diberikan penyegaran semula (facelift) buat pertama kalinya setelah ia dilancarkan pada tahun 2019. Memandangkan tiada keputusan muktamad yang dibuat setakat ini, ada kemungkinan kedua-dua model ini akan kekal di pasaran sekurang-kurangnya untuk satu atau dua tahun lagi.
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM9244
SELANGOR
BST2973
JOHOR
JD2672J
PULAU PINANG
PSF1572
PERAK
APL675
PAHANG
CFH5633
KEDAH
KGH7542
NEGERI SEMBILAN
NEL6013
KOTA KINABALU
SJT7486
KUCHING
QAB4643P
Terakhir Kemas Kini 28 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat