ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Model Coupe Mercedes-AMG GLE & Mercedes-Benz GLC Dilancarkan – Dari RM469K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Soc_CariCarz_MERC-GLC-GLE-COUPE-LAUNCHED-01.jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan dua model terkini iaitu Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ dan Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC, kedua-duanya dalam versi coupe. GLE Coupe ditawarkan pada harga daripada RM873,888. Sementara itu, GLC Coupe pula daripada RM469,888. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. Teruskan membaca untuk mengetahui secara terperinci mengenai kedua-dua model ini. 


CIRI MEKANIKAL 


CariCarz_Web_launch_Mercedes-Benz-GLC-300-4Matic-Coupe_-13.jpgCariCarz_Web_launch_Mercedes-AMG-GLE-53-4Matic+-Coupe_-6.jpg


Bahagian enjin GLC (kiri) dan GLE (kanan)


Mercedes-Benz GLC Coupé menggunakan enjin petrol 2.0 liter 4-silinder turbo hibrid ringan (MHEV) yang menghasilkan kuasa sebanyak 258 HP dan tork 400 NM. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui sistem pacuan semua roda 4Matic (AWD) dan transmisi automatik 9-kelajuan 9G-Tronic.


Menggunakan sistem ini, GLC boleh melakukan pecutan daripada 0-100 KM/J dalam masa hanya 6.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi (terhad) pada 250 KM/J, sama seperti pada model GLC 300 4Matic standard. 


Sementara itu, model Mercedes-AMG GLE Coupé pula tampil lebih bertenaga, dikuasakan oleh enjin 3.0 liter 6-silinder sebaris, digabungkan dengan sistem hibrid ringan (MHEV) yang memberikan output 435 HP dan 560 NM.


Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui sistem transmisi dua kelajuan dwi-klac AMG Speedshift dan sistem pacuan semua roda 4Matic+, pecutan dari 0-100 KM/J hanya mengambil masa 5 saat dengan had kelajuan elektronik dihadkan pada 250 KM/J.


GLE Coupé dilengkapi sistem suspensi AMG Active Ride Control+ dengan peredam adaptif. 


REKA BENTUK LUARAN


CariCarz_Web_launch_Mercedes-Benz-GLC-300-4Matic-Coupe_-2.jpgCariCarz_Web_launch_Mercedes-Benz-GLC-300-4Matic-Coupe_-3.jpg


Dari sudut luar GLC Coupé, pakej sport AMG Line memberikannya ciri tambahan yang menyerlah seperti rim 20 inci jenis jejari multi-spoke AMG, bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty serta aksen dan kemasan luaran yang kontra berwarna hitam berkilat. Di bahagian hadapan, gril Mercedes-Benz ikonik diapit oleh sepasang lampu hadapan Digital Light.


CariCarz_Web_launch_Mercedes-AMG-GLE-53-4Matic+-Coupe_-1.jpgCariCarz_Web_launch_Mercedes-AMG-GLE-53-4Matic+-Coupe_-2.jpg


Dikemaskini untuk tahun model 2023, GLE 53 4Matic+ Coupe telah diberikan rekaan semula. Perubahan yang ketara dapat dilihat daripada sudut hadapan seperti pada bahagian lampu nyalaan siang (DRL) serta diberikan lampu depan LED Multibeam. Ruang depan turut menggunakan apron hadapan yang diperbaharui dengan komponen ambilan udara yang ekspresif. Sudut belakang turut tampil segar dengan lampu belakang LED yang diperbaharui serta sistem ekzos dua corong. 


Ciri luaran menarik lain termasuk rim 22 inci jenis cross-spoke AMG dalam kemasan aluminium, dan pakej kemasan AMG Night dengan warna hitam berkilat. 


RUANG KABIN 


MB-GLC-300-Coupe_-(62).jpgCariCarz_Web_launch_Mercedes-AMG-GLE-53-4Matic+-Coupe_-7.jpg


Kabin GLC (kiri) dan GLE (kanan)


Bergerak masuk ke dalam ruang kabin, gaya mewah GLC Coupé ini terserlah dengan kabin yang dikemaskan dengan balutan kulit Artico dan pelbagai elemen sporty AMG Line lain. Ruang ini turut sarat dengan teknologi canggih seperti skrin instrumen jenis LCD beresolusi tinggi 12.3 inci  serta skrin tengah 11.9 inci dengan sistem MBUX. Hiburan di dalam kereta disempurnakan dengan sistem audio keliling Burmester.


MB-GLC-300-Coupe_-(81).jpgCariCarz_Web_launch_Mercedes-AMG-GLE-53-4Matic+-Coupe_-8.jpg


Tempat duduk hadapan GLC (kiri) dan GLE (kanan)


Kelengkapan premium lain adalah termasuk pencahayaan ambien dalam kabin, larasan automatik untuk tempat duduk hadapan dengan fungsi ingatan, pad pengecas telefon pintar tanpa wayar dan port cas USB-C. 


Kabin bagi GLE Coupé pula tampil sporty dengan kemasan krom serta gentian karbon. Tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara automatik dan memiliki fungsi pemanasan, penyejukan dan memori. Kelengkapan lain ialah cahaya ambien, skrin digital MBUX, paparan-di-kepala (HUD) dan sistem audio Burmester. 


CIRI KESELAMATAN


Dalam aspek keselamatan, GLC Coupé dilengkapi dengan pelbagai keselamatan seperti berikut: 


-Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz

-Perlindungan Kenderaan GUARD 360°

-Sistem Penggera Anti-Pencurian dengan pra-pemasangan untuk pengesanan perlanggaran

-Sistem Pemantauan Dalaman

-Pakej Parkir dengan kamera 360 darjah

-Bantuan Parkir Aktif dengan PARKTRONIC

-Bantuan Titik Buta 

-Bantuan Kekal Lorong Aktif

-Bantuan Brek Aktif

-Sistem PRE-SAFE®

-Pemantau Tekanan Tayar

-Penunjuk Status Tali Pinggang Belakang dalam paparan instrumen

-Penyahaktifan beg udara penumpang hadapan secara automatik -Pengimbas cap jari

-TIREFIT


GLC Coupé terbaru pula dilengkapi dengan sistem PRE-SAFE®, Bantuan Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong Aktif, dan Bantuan Brek Aktif. Perlindungan Kenderaan GUARD 360° menawarkan sistem pemantauan kenderaan secara menyeluruh. Ciri lain yang memudahkan pengguna ialah Pakej Parkir dengan kamera 360° dan Bantuan Parkir Aktif dengan PARKTRONIC. Ciri keselamatan lain adalah seperti berikut:


-Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz

-Pemantau dalam kenderaan

-Peringatan kehadiran penumpang pasif

-Bantuan Pengendalian Aktif 

-Fungsi amaran keluar dan sebagainya



HARGA


Boleh ditempah melalui pengedar dan platform pembelian dalam talian MBM, GLC 300 4Matic AMG Line ditawarkan pada harga RM469,888. Sementara itu, Mercedes-AMG GLE 53 4Matic+ Coupe pula ditawarkan pada harga RM873,888. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7298

SELANGOR

BSQ8606

JOHOR

JYY8209

PULAU PINANG

PSD1520

PERAK

APJ2690

PAHANG

CFG7951

KEDAH

KGG5423

NEGERI SEMBILAN

NEK6708

KOTA KINABALU

SJS4392

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

29-05-2024
Kereta Baru

23-05-2024
Kereta Baru

23-05-2024
Kereta Baru

03-05-2024
Kereta Baru

29-04-2024
Pandu Uji

27-04-2024
Kereta Baru

07-04-2024
Kereta Baru

04-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.