Program BTTP, Lahirkan Juruteknik Berprestij Dunia
-to-Shape-the-Future-of-Automotive-Expertise-full_normal.jpg)
BMW Group Malaysia dengan kerjasama TOC Automotive College meraikan kumpulan pertama yang menamatkan program BMW Technical Trainee Programme (BTTP), baru-baru ini.
Program itu bertujuan untuk mempersiapkan generasi juruteknik yang pakar dalam selok-belok serta berkemahiran yang bertaraf dunia.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, hasil kerjasama bersama TOC Automotive College merupakan langkah penting dalam memupuk generasi bakat tempatan yang akan datang untuk menerajui teknologi automotif.
“Tahniah kepada lima graduan pertama BTTP, yang bukan sahaja berjaya memenuhi standard bertaraf dunia BMW Group, malah bersedia untuk menempa kejayaan dalam landskap automotif,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi yang tidak tahu, program ini direka untuk memenuhi standard antarabangsa German Chamber of Commerce dan BMW Group.
-to-Shape-the-Future-of-Automotive-Expertise-full_normal.jpg)
BTTP adalah program selama tiga setengah tahun yang menggabungkan pembelajaran khas di bilik darjah bersama latihan khusus BMW, untuk memastikan pelajar memperoleh pengetahuan teknikal terkini dan kemahiran diagnostik yang tersendiri.
Program ini juga termasuk latihan industri selama 12 bulan, yang mana pelajar berpeluang memperoleh pengalaman praktikal melalui pendekatan pembelajaran secara langsung.
Graduan BTTP dianugerahkan Diploma Teknologi Automotif daripada TOC Automotive College, yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kerjasama itu turut membabitkan projek-projek terdahulu seperti sumbangan enjin kepada kolej untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, serta penyerapan alumni TOC Automotive College ke dalam rangkaian pengedar BMW Group Malaysia sebagai pelajar latihan industri dan perantis.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD5609
SELANGOR
BSR1357
JOHOR
JYB3274
PULAU PINANG
PSD3074
PERAK
APJ4034
PAHANG
CFG8602
KEDAH
KGG6486
NEGERI SEMBILAN
NEK7306
KOTA KINABALU
SJS5348
KUCHING
QAB516P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat