ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Supercharger R&R Skudai Bakal Beroperasi Tidak Lama Lagi – V4 250 kW, RM1.25/kWj

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_20240918_170359.jpg


"Kami telah menetapkan bahawa Tesla perlu menyediakan sekurang-kurangnya 50 Supercharger dalam tempoh 3 tahun. Daripada jumlah ini, sekitar 30% boleh digunakan oleh kenderaan elektrik pengeluar lain,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Kenyataan ini dibuat pada April 2023 melalui ciapan Twitter beliau, sebagai sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia menerusi inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) yang berlangsung dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025. Syarat-syarat ini membolehkan Tesla beroperasi di Malaysia tanpa rakan kongsi tempatan serta menerima pengecualian cukai.


Screenshot-2024-09-19-023955.jpg


Kini, Tesla bukan sahaja memenuhi, malah melepasi jangkaan setelah menyediakan 12 stesen pengecasan Supercharger (DC) yang terdiri daripada 56 pengecas serta 13 stesen pengecasan Destination (AC) dengan 69 pengecas di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, sehingga kini, Tesla masih belum memenuhi syarat untuk membolehkan “30%” daripada Supercharger ini digunakan oleh jenama EV lain, sasaran yang perlu dicapai sebelum penghujung tahun 2025.


Lokasi Supercharger 


IMG_20240918_170241.jpgIMG_20240918_170313.jpg


Untuk pengecas sedia ada pula, satu kritikan terhadap rangkaian Tesla Supercharger di Malaysia adalah pemilihan lokasi. Kebanyakan pengecasnya ditempatkan di pusat beli-belah dan tempat letak kereta di pusat bandar, bukannya di lebuh raya bagi memudahkan pengguna yang melakukan perjalanan jarak jauh.


Namun, ini dijangka berubah dengan pelancaran stesen Supercharger di R&R Skudai (arah selatan) yang akan datang. Terletak di antara Starbucks dan Family Mart, stesen ini bakal menjadi stesen pengecasan Tesla pertama yang didirikan di rangkaian lebuh raya negara.


IMG_20240918_170327.jpgIMG_20240918_170445.jpg


Kehadiran stesen pengecasan Tesla di sini bakal menarik lebih ramai pengguna EV memandangkan lokasi yang sama turut menjadi tapak kepada lima lagi stesen pengecasan EV lain.  


Semasa lawatan kami ke tapak tersebut, pemasangan kelihatan hampir siap, hanya tinggal papan tanda, garisan tapak parkir dan kelulusan yang terakhir daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).


Pengecasan Bateri yang Pantas


Tesla-V4-Malaysia-(4).jpg


Stesen Supercharger baharu ini bakal dilengkapi dengan empat pengecas pantas V4, yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 250 kW, sama seperti stesen pengecasan Tesla lain di Malaysia, dengan kadar RM1.25/kWj. Berbeza dengan lokasi pengecasan lain di pusat bandar, Tesla tidak menyediakan pengecas AC memandangkan pengguna dijangka berhenti di R&R ini dalam jangka masa yang singkat.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

04-07-2024
EV

20-03-2024
EV

26-02-2024
EV

12-09-2023
EV

14-07-2023
EV

28-07-2026
EV

10-07-2026
EV

01-07-2026

Berita Terkini

EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.