Tinggal 2 Hari Lagi, BYD Seal Dynamic Masuk M'sia, Harga Bawah RM160K Je

Tinggal dua hari lagi, BYD Seal akan dilancarkan secara rasminya ke pasaran kita pada Jumaat ini.
Perkara itu disahkan Pengimport dan pengedar kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Motors (SDM) melalui halaman Facebook rasminya, baru-baru ini.
Apa yang cukup menarik ialah BYD Seal yang merupakan varian peringkat permulaan itu akan menjadi kenderaan elektrik paling murah di pasaran kita.
Untuk makluman, BYD Seal Dynamic adalah varian paling asas dalam barisan Seal.

Buat masa ini, BYD Seal sudah pun dijual di Thailand namun ia menawarkan prestasi paling rendah berbanding varian Seal yang lain.
Itu yang menyebabkan ia BYD Seal Dynamic dijual lebih murah berbanding varian lain.
Jadi, ini mungkin peluang untuk anda yang sedang mencari sebuah EV pada harga mampu milik.


Malah, melihat bahagian luarannya, rekaanya boleh tahan memandangkan garisan bumbungnya yang mencuram ke bawah manakala bahagian belakangnya yang pendek, menyebabkan ia kelihatan sedikit sporty.
Menjengah bahagian sisinya, nampaknya ia menggunakan rim kecil yang berukuran 18 inci.
Model ini disumbat dengan bateri berkapasiti 61.4 kWj dimana ia mampu memberikan jarak gerak sehingga 510 km.
Sementara itu, varian BYD Seal Premium dan Performance AWD yang didatangkan dengan bateri 82.5 kWj boleh bergerak sejauh 650 km manakala Performance (580 km).

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia boleh menghamburkan kuasa setakat 201 hp (150 kW) dan 310 Nm.
Dari segi pengecasan pula, varian asas BYD Seal boleh dicas dengan menggunakan pengecas AC sehingga 7 kW dimana ia mengambil masa 8. jam untuk penuh manakala, DC hanya 110 kW.
Di sebalik semua ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harganya!

Jika dibandingkan di Thailand, BYD Seal Dyanamic dijua; pada harga (RM169,000) dimana ia lebih murah RM20,000 berbanding dengan varian Seal Premium kerana ia dijual pada harga RM185,000.
Jadi, kami menjangkakan BYD Seal akan dijual di bawah RM160,000. Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi SDM pada 6 September ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4596
SELANGOR
BSU3431
JOHOR
JF5040J
PULAU PINANG
PSG3080
PERAK
APM1461
PAHANG
CFH9806
KEDAH
KGJ4132
NEGERI SEMBILAN
NEM2419
KOTA KINABALU
SJU4962
KUCHING
QAB7404P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge