Zeekr 7X: Satu Lagi Pencabar Tesla Model Y Tapi Mampukah Cabar Tesla

Selepas beberapa imej teaser didedahkan pada awal bulan lepas, jenama mobiliti elektrik premium di bawah naungan Geely, Zeekr 7X akhirnya didedahkan secara umum pada Chengdu Motor Show 2024 yang diadakan baru-baru ini.
Zeekr 7X dikatakan antara pencabar Tesla Model Y selain merupakan model SUV bersaiz sederhana Zeekr yang pertama.
Zeekr 7x dikatakan seteru dengan Model Y disebabkan persamaan mereka dari segi dimensi.

Ini kerana Zeekr 7X berukuran 4,825 mm (panjang) , lebar 1,930 mm, tinggi 1,666 mm manakala jarak antara roda pula sekitar 2,925 mm.
Menjengah reka bentuknya, Zeekr 7X dilihat menampilkan gaya badan SUV sama seperti Model Y.
Selain itu, ia turut didatangkan dengan skrin paparan LCD interaktif Stargate di bahagian hadapan yang bertindak sebagai unit lampu utama kereta, lampu belakang LED lebar jenis penuh manakala pemegang pintu jenis tersembunyi.


Antara kelengkapan lain ialah, ia dipadankan dengan roda aloi bersaiz 19 dan 20 inci namun ia bergantung kepada varian.
Dikhabarkan, jentera ini agak besar sedikit kerana Zeekr 7X menawarkan kabin yang cukup luas selain didatangkan dengan pelbagai ciri teknologi yang canggih.
Tidak ketinggalan, paparan infotainmen yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295 serta dipadankan dengan instrumen digital yang lebih kecil.


Turut hadir di sini ialah stereng empat jejari dengan penukar gear di sebelah kanan selain terdapat juga pengecas wayarles dan petak storan tambahan di konsol tengah.
Zeekr 7X juga hadir dengan susun atur tempat duduk dua baris selain menampilkan sehingga 32 ruang penyimpanan manakala ruang but standardnya adalah berukuran 616 liter.
Di bahagian tempat duduk belakang pula, penumpang disediakan dengan skrin infotainmen yang khas untuk mereka namun ciri ini dikatakan hanya ada pada varian teratas.

Selain itu, semua tempat duduk belakang jenis berventilasi, manakala model empat tempat duduk berspesifikasi tinggi mendapat panel kawalan khusus di perehat letak tangan di bahagian tengah.
Bagi menaikkan seri jentera ini, ia juga hadir dengan bumbung kaca panoramik yang cukup luas .
Sementara itu, berdasarkan trenkuasanya, Zeekr 7X hadir dalam versi RWD dan AWD (motor berkembar).
Versi RWD mampu menghasilkan kuasa setakat 310 kW (415 hp), manakala varian AWD pula mampu menghamburkan kuasa yang lebih tinggi iaitu sebanyak 475 kW ( 637 hp).

Berdasarkan pecutannya pula, Zeekr 7X AWD boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam hanya 3.8 saat, sekali gus meletakkannya setanding dengan Tesla Model Y Performance AWD berspesifikasi tinggi.
Menyentuh mengenai baterinya, , Zeekr 7X berkongsi seni bina PMA2+ 800 volt yang sama seperti Zeekr 007.
Ia disumbat dengan bateri berkapasiti 75-kWj yang menggunakan teknologi bateri Golden Brick dimana ia memberi jarak gerak sejauh 605 kiloter (berdasarkan kiraan CLTC).
Memandangkan, teknologi bateri digelar sebagai pengecasan terpantas di dunia, Zeekr mendakwa bateri Golden Bricknya boleh dicas dari 10-80% hanya dalam masa 10.5 minit.

Akhir sekali, penghantaran untuk Zeekr 7X dijadualkan akan bermula pada hujung September ini. Setakat ini, belum ada butiran harga namun Zeekr 7X akan turut dijual di beberapa pasaran lain menjelang tahun 2025 nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM3852
SELANGOR
BST1750
JOHOR
JC9584J
PULAU PINANG
PSE9781
PERAK
APK8973
PAHANG
CFH5273
KEDAH
KGH6908
NEGERI SEMBILAN
NEL5471
KOTA KINABALU
SJT6583
KUCHING
QAB4430P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat