Harga Xpeng Mona M03 Serendah RM73K, Patutlah Dalam 48 Jam, Terima 30K Tempahan

Satu lagi model baharu didedahkan, Xpeng Mona M03 sempena Chengdu Auto Show 2024 yang diadakan baru-baru ini.
Apa yang cukup menarik, , Xpeng M03 menerima lebih 30,000 tempahan sejak pra tempahan dibuka pada 27 Ogos lalu.
Unit pertama Xpeng Mona M03 telah pun diserahkan kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif XPeng, He Xiaopeng.
Mona M03 yang dijual pada harga sekitarRM73,000 disifatkan sebagai kenderaan elektrik (EV) mampu milik setakat ini.
Jentera itu yang cukup sarat dengan pelbagai teknologi canggih disasarkan kepada golongan muda yang mencari sebuah kenderaan yang berteknologi tinggi.

Difahamkan, varian premium, M03 Max dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan canggih yang dipanggil XNGP.
Bagaimanapun, varian itu hanya akan tersedia di pasaran menjelang suku pertama tahun 2025 nanti.
Apa yang cukup menarik ialah Xpeng M03 adalah sedan hatchback elektrik yang memiliki rintangan angin terendah di dunia kerana kadar seretan drag adalah hanya 0.194cd.
Ini disebabkan oleh Xpeng M03 mempunyai girl pengambilan udara yang aktif dimana ia mampu mengurangkan seretan dan kecekapan.
Biarpun butiran mengenai kelajuan pengecasan AC dan DC masih belum didedahkan, namun XPeng mendakwa bahawa Mona M03 mempunyai kecekapan tenaga sebanyak 11.5 kWj setiap 100 kilometer (km).
Ia boleh mencapai kadar pengecasan pantas untuk 200 kilometer hanya dalam masa 15 minit.
Mona M03 yang dibina berdasarkan XPeng Fuyao, berukuran sepajang 4,780 mm, selebar 1,896 mm dan setinggi 1,445 mm manakala jarak roda pula 2,815 mm.

Di dalam kabin, Mona M03 menawarkan pengalaman pemanduan moden dengan paparan tengah 15.6 inci dan paparan dipasang pada stereng pilihan.
Kenderaan ini dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155, dimana ia membolehkan ciri seperti pengimejan panorama 360 darjah dan pemaparan peta 3D.
Ia didatangkan dalam dua unit motor: unit 140 kW (188 HP) atau 160 kW (215 HP), dan kapasiti bateri masing-masing adalah 51.8 kWj atau 62.2 kWj.
Kedua-dua varian menawarkan kelajuan tertinggi 155 km/j.


Sehubungan itu, XPeng menyasarkan untuk menjual 10,000 unit Mona M03 setiap bulan, dengan penghantaran pertama dijadualkan pada September nanti.
Prestasi syarikat pada tahun ini dilihat hanya mencecah 63,000 dari segi jualan dari Januari hingga Julai. Xpeng dikatakan tidak mencapai sasaran tahunannya.

Bagaimanapun, dengan pelancaran Mona M03, XPeng menjangkakan peningkatan ketara dalam jualan, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya di pasaran.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1753
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4662
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8493
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8148
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 21 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.
06-02-2026
Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14
Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).
12-01-2026
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?
Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.
21-11-2025
Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI
MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.
12-11-2025
Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025
Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.
04-11-2025
Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan
Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.
31-10-2025
Xpeng & Charge+ Lancar Pengecas Ultra Pantas, 350 kW, Di KL Eco City
Xpeng sekali lagi mencatat sejarah di Asia Tenggara dengan pelancaran hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terpantas di ibu kota, terletak di KL Eco City,
26-10-2025
MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM
Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China.
24-10-2025
Berita Terkini
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'
Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.
19-03-2026
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia
Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.
13-03-2026
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih
Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.
11-03-2026
Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link
Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi
06-03-2026
3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?
Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?
06-03-2026
Geely Riddara Kaji Peluang Pasaran Malaysia – Trak Elektrik Cas Hanya 30 Minit
Riddara kini dilaporkan sedang mempertimbangkan pembinaan kilang pengeluaran EV di negara jiran.
02-03-2026
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.
UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.
25-02-2026
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu
Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.
20-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
