ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BYD M6 Bakal Masuk M'sia, Harga Bermula Dari RM115K

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

BYD bakal melancarkan MPV elektrik terbaharunya, BYD M6 di pasaran tempatan pada 15 Oktober nanti.

Varian peringkat permulaan BYD M6 dijangka akan dijual sekitar harga RM115,000 dan ia sudah pun menembusi pasaran Indonesia dan Thailand, baru-baru ini.

Bagaimanapun, MPV elektrik yang menawarkan enam tempat duduk ini dikatakan bakal menawan hati si pembeli yang mempunyai anak ramai atau keluarga besar. 

image.png

Pada masa  sama, BYD M6 dikatakan sudah bersedia untuk menewaskan pesaing-pesaing dalam segmennya .

Jika dibandingkan di Thailand, BYD M6 hadir dalam dua varian: M6 Dynamic dan BYD M6 Extended. 

Varian Extended boleh menghamburkan kuasa setakat  201 hp (150 kW)  manakala Dynamic 161 hp (120kW).

image.png

Sementara itu, varian M6 Dynamic hadir dengan bateri berkapasiti 55.4 kWj yang membolehkan ia bergerak sejauh 420 km manakala Extended pula hadir dengan bateri yang lebih besar iaitu 71.8 kWj. Ini membolehkan ia bergerak sejauh 530 km.

Dari segi pengecasan pula, M6 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 85 kW, dan sehingga 115 kW untuk Extended. 

Ini membolehkan kadar pengecasan dari 10-80% bagi varian Extended boleh dicapai dalam masa 40 minit. 

Bagi pengecasan AC pula, ia terhad kepada 7 kW.

Menjengah bahagian kabinnya, M6 menyediakan tempat duduk tiga baris untuk enam penumpang.

image.png

Ia menawarkan ruang kaki dan keselesaan yang cukup baik. Selain itu, MPV ini juga hadir dengan  bumbung kaca panoramik, tempat duduk hadapan boleh  dilaraskan secara elektrik, ada skrin sentuh multimedia bersaiz 12.8 inci yang turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Antara kelengkapan lain ialah, ia didatangkan dengan but belakang jenis berkuasa, penghawa dingin automatik dan banyak lagi.

Dengan harga yang kompetitif, BYD M6 dijangka mampu menarik pembelinya yang sedang mencari MPV elektrik yang mampu milik namun serba lengkap dengan pelbagai ciri teknologi canggih.

Di sebalik itu, timbul pula teka-teki sama ada BYD akan menyemak semula harga BYD Dolphin di Malaysia memandangkan  varian tertinggi Dolphin sudah mencecah lebih RM124,000.

Jika dibandingkan dengan BYD M6, ia jauh lebih murah, lebih besar, menawarkan jarak elektrik yang lebih panjang serta apa yang penting, ia mampu menempatkan lebih ramai penumpang.

Apapun, kita tunggu butiran lebih lanjut mengenai BYD M6 pada minggu  hadapan!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-10-2026
Berita Auto

26-10-2026
EV

20-10-2026
Berita Auto

16-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
EV

07-09-2026
Teknologi

10-02-2026

Berita Terkini

EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.