GAC M8 PHEV Dikesan Di Malaysia: Mampukah MPV Ini Rampas Takhta Toyota Alphard?

GAC International bersama GAC Motor Malaysia (GAC Malaysia), kini dilihat giat menguji model GAC M8 di jalan raya Malaysia.
Baru-baru ini, foto yang memaparkan varian PHEV model ini sedang dicas di stesen ChargEV Ardence Lab telah tersebar luas. Ini sekaligus mengesahkan bahawa GAC mungkin sudah bersedia untuk memperkenalkan model ini ke pasaran tempatan tidak lama lagi.


Dilancarkan di China pada 2022, GAC M8 hadir dengan pelbagai pilihan spesifikasi. Varian yang mendapat permintaan tinggi ialah versi bukan hibrid dengan enjin 2.0 liter yang mampu menghasilkan 249 hp dan 400 Nm. Spesifikasi ini sama dengan apa yang ditawarkan oleh Tan Chong Group di Vietnam, syarikat induk GAC Malaysia.
Varian PHEV untuk Pasaran Malaysia

Pasaran Malaysia berkemungkinan besar akan menerima kedatangan varian PHEV dari siri Grand Master. Varian ini digerakkan oleh sistem pacuan roda hadapan dengan enjin hibrid 2.0 liter yang dibangunkan bersama Toyota. Ia menggunakan enjin 4 silinder turbo yang menghasilkan 190 hp dan 330 Nm, dipadankan dengan motor elektrik yang menjana 182 hp dan 270 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda melalui transmisi hibrid dua kelajuan.


GAC M8 PHEV mampu mencapai kelajuan maksimum 180 km/j dan menggunakan bateri lithium-ion Primearth berkapasiti 25.57 kWj yang dihasilkan oleh Toyota. Dalam mod EV sepenuhnya, ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 136 km.
Bateri yang digunakan boleh dicas dengan pengecas AC yang mengambil masa selama 3.5 jam, manakala dengan pengecas DC hanya memerlukan masa selama 30 minit. Secara keseluruhannya, M8 PHEV mampu mencapai jarak perjalanan sekitar 1,032 km mengikut piawaian CLTC.
Baca: GAC GS3 EMZOOM 2024 Dilancar: Harga Bermula RM103,800
Harga Kompetitif untuk Pasaran Malaysia?


Di China, siri GAC M8 Grand Master dijual antara RMB269,800 (~RM184,000) hingga RMB342,800 (~RM208,000). Sekiranya GAC Malaysia bercadang membawa model ini ke pasaran tempatan, pendekatan pemasangan tempatan (CKD) mungkin diperlukan untuk memastikan harga kekal kompetitif memandangkan tiada insentif cukai hibrid di Malaysia buat masa ini.

Pesaingnya, Toyota Alphard, tidak ditawarkan dalam versi hibrid di Malaysia disebabkan cukai yang tinggi. Versi bukan hibrid model ini menggunakan enjin turbo 2.4 liter yang ditawarkan pada harga RM538,000.


Sementara itu, pesaing yang lain, dalam versi EV, Maxus MIFA 9 yang cuma berharga RM270,000, kurang mendapat perhatian walaupun dijual pada harga yang lebih rendah berbanding Alphard.
Bagaimanapun, pelancaran Zeekr 009 yang dijangka berlaku bulan depan dengan harga di bawah RM370,000 dijangka bakal menghangatkan lagi persaingan dalam pasaran MPV premium, berdasarkan penerimaannya dalam sesi pratonton umum yang diadakan di Pinnacle Sunway.
Baca: GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Mampukah GAC Malaysia Menawan Pasaran MPV Premium?
Persoalannya kini, adakah GAC Malaysia mampu menarik perhatian pembeli dalam pasaran MPV premium yang gagal dikuasai sesetengah jenama walaupun ditawarkan pada harga kompetitif seperti Maxus MIFA 9? Atau mampukah GAC merebut takhta yang dipegang oleh Toyota Alphard, raja MPV di Malaysia?
Sumber: MYEVOC FB
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM3852
SELANGOR
BST1750
JOHOR
JC9584J
PULAU PINANG
PSE9781
PERAK
APK8973
PAHANG
CFH5273
KEDAH
KGH6908
NEGERI SEMBILAN
NEL5471
KOTA KINABALU
SJT6583
KUCHING
QAB4430P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat