GWM Haval H6 HEV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM139,800!

GWM Malaysia sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi SUV segmen C yang menjadi pilihan ramai di China, Haval H6 Hybrid Electric Vehicle (HEV), untuk pasaran Malaysia. Model ini yang ditawarkan dalam satu varian, Ultra, dijual pada harga RM139,800.
TRENKUASA HAVAL H6 HEV


H6 HEV dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder turbo 1.5 liter yang menyalurkan kuasa sebanyak 150 ps/230 Nm, SUV ini turut menerima kuasa tambahan sebanyak 130 ps dan 300 Nm daripada motor elektrik dan sistem transmisi DHT dua kelajuan. Secara keseluruhan, Haval H6 HEV boleh menghamburkan kuasa sebanyak 243 ps/530 Nm, antara yang tertinggi dalam kelasnya.
Dengan sistem ini, Haval H6 boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 175 km/j. Kadar penggunaan bahan painya hanyalah 5.8 liter per 100 km.
REKAAN HAVAL H6 HEV

Haval H6 berukuran 4,683 mm panjang, 1,886 mm lebar dan 1,724 mm tinggi dengan jarak roda berkepanjangan 2,738 mm bermaksud jentera ini berdiri lebih besar berbanding model dalam segmen sama yang lain seperti Proton X70 dan Honda CR-V.
Dari segi rekaan, Haval H6 tampil menyerlah dengan gril bercorak ‘Star Matrix’ yang unik. Di bahagian atas gril ini terdapat jalur krom halus yang menghubungkan dua lampu hadapan.
Bergerak ke bahagian tepi, Haval H6 dipasangkan dengan rim berukuran 19 inci berwarna hitam yang sporty.
Pada sudut belakang pula, kelebaran kereta terserlah dengan lampu yang halus melintang penuh dari kiri ke kanan. Dari sini juga dapat dilihat rekaan lampu brek ketiga yang unik.

Untuk ruang but, cukup luas dengan kapasiti sebanyak 560 liter dan boleh diperluas sehingga 1485 liter dengan kerusi belakang dilipat rata.
Baca: [PANDU UJI] Pengalaman Memandu SUV Haval H6 HEV Sekitar 800 KM – 8 Ciri Menarik
KABIN HAVAL H6 HEV





Dibina atas platform LEMON yang dibangunkan GWM, H6 HEV menawarkan kestabilan dan pengendalian yang lebih baik, ruang kaki yang luas, ruang but yang besar, serta tempat duduk yang hadir dengan ciri pengudaraan untuk pemandu dan penumpang hadapan.
Antara kelengkapan yang disediakan ialah tempat duduk pemandu dengan fungsi pelarasan kepada 6 arah dan sokongan tulang belakang 2 arah, papar pandu (HUD), cermin pandang belakang dengan ciri auto-dimming, bumbung suria panoramik, pad pengecas tanpa wayar dan corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang.
Haval H6 diberikan sistem infotainmen berukuran 12.3 inci yang sarat dengan fungsi kereta memandangkan model ini tidak menggunakan butang fizikal untuk pelbagai ciri seperti kawalan pendingin hawa.
KESELAMATAN HAVAL H6 HEV



Model ini turut hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan ADAS Tahap 2 yang termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan/belakang, kawalan jelajah adaptif, bantuan penukaran/kekal lorong dan banyak lagi.
HARGA JUALAN & WARANTI HAVAL H6 HEV

Haval H6 HEV merupakan kenderaan pertama GWM Malaysia yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pengeluaran di Melaka oleh rakan kongsinya, EP Manufacturing Berhad (EPMB).

Model hibrid ini ditawarkan di pasaran pada harga yang berpatutan iaitu RM139,800. Pembelian adalah termasuk waranti kenderaan selama 7 tahun atau 200,000 km, waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km. Turut diberikan ialah waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000 km, waranti ini turut merangkumi sistem transmisi hibrid khas (DHT), bateri dan kabel bervoltan tinggi serta unit kawalan transmisi.
GWM turut menawarkan beberapa tawaran menarik iaitu rebat RM3,000 untuk tempahan yang dibuat sebelum 20 Oktober, SERVIS PERCUMA selama 5 tahun, termasuk alat ganti dan upah untuk pemilik yang membuat pendaftaran Haval H6 HEV pada 2024 dan rebat tambahan sebanyak RM3,000 untuk pemilik kenderaan GWM sedia ada.
Baca: [PANDU UJI] Pengalaman Memandu SUV Haval H6 HEV Sekitar 800 KM – 8 Ciri Menarik

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge