Jom Lihat EV Premium Zeekr X & Zeekr 009 Di Sunway Pinnacle – Minat Terus Tempah!

Menjelang pelancaran rasminya di pasaran tempatan tidak lama lagi, kenderaan elektrik (EV) Zeekr X dan Zeekr 009 kini membuat kemunculan pertama untuk tontonan umum. Bermula hari ini, 8 Oktober, peminat EV boleh mengunjungi lobi utama Sunway Pinnacle, Petaling Jaya dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Menurut wakil Zeekr, tempoh pratonton ini akan bergantung kepada jumlah kehadiran orang ramai.
Zeekr X: SUV Crossover Premium Bawah RM180,000



Dengan anggaran harga bawah daripada RM180,000, Zeekr X dijangka mengubah landskap pasaran EV premium tempatan dengan prestasi trenkuasa yang mengagumkan serta kehadiran pelbagai teknologi canggih.
Model ini bakal ditawarkan dalam dua varian, dengan varian tertinggi Zeekr X Flagship menggunakan dua motor AWD yang menghasilkan 422 hp (315 kW) dan 543 Nm. Dengan sistem ini, Zeekr X mampu mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.8 saat, menjadikannya salah satu SUV EV paling berkuasa dalam segmennya.
Sementara itu, varian Zeekr X Premium pula penggunakan sistem motor tunggal RWD yang menghasilkan 268 hp (200 kW), membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 5.6 saat, cukup pantas untuk sebuah EV kompak.
Kedua-dua varian dibangunkan berdasarkan platform Geely SEA, sama seperti smart #1 dan Volvo EX30, dengan bateri 66 kWj yang menyokong pengecasan DC 150 kW, membolehkan pengecasan dari 10-80% dalam masa hanya 30 minit. Dengan cas penuh, Zeekr X boleh mencapai jarak maksimum sehingga 440 km (WLTP).
Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah yang Berprestasi Tinggi



Untuk sesi pratonton ini, turut membuat kemunculan ialah MPV elektrik mewah, Zeekr 009. Model ini juga akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Luxury 7 tempat duduk dan Luxury 6 tempat duduk. Model dengan anggaran harga di bawah RM370,000 ini dijangka menjadi MPV mewah paling berkuasa di pasaran tempatan.


Sistem dua motor AWD Zeekr 009 mampu menghasilkan kuasa sehingga 603 hp (450 kW) dan 693 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dilakukan dalam masa hanya 4.5 saat. Dengan bateri besar berkapasiti 116 kWj, MPV ini mampu mencapai jarak maksimum sehingga 582 km (WLTP), menjadikannya model yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh sambil ‘diselimuti’ kemewahan pada segenap sudut.
Tempahan Dibuka
Selain menyaksikan Zeekr X dan Zeekr 009 dengan lebih dekat, pengunjung juga boleh membuat tempahan kenderaan ini secara terus di lokasi pratonton. Sebagai alternatif, tempahan juga boleh dibuat melalui laman web rasmi Zeekr Malaysia atau dengan menghubungi mereka di talian +6012-964 8495.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1069
SELANGOR
BSU2754
JOHOR
JF3685J
PULAU PINANG
PSG2043
PERAK
APL9680
PAHANG
CFH9447
KEDAH
KGJ3764
NEGERI SEMBILAN
NEM2079
KOTA KINABALU
SJU4490
KUCHING
QAB7220P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge