Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) buat julung kalinya menganjurkan acara Zeekr Dynamic di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini.
Acara sehari suntuk ini telah menghimpunkan hampir 500 pemilik Zeekr bersama keluarga dari Malaysia termasuk Singapura, dan Vietnam, sekali gus mencerminkan semangat yang kian melonjak terhadap mobiliti elektrik premium di peringkat serantau.

Berpaksikan model Zeekr 7X dan Zeekr X, pengalaman ini memberi peluang kepada para peserta untuk menerokai keupayaan kenderaan tersebut dalam persekitaran litar yang terkawal melalui sesi pemanduan berstruktur. Sesi ini direka khas untuk memamerkan prestasi, sistem keselamatan, dan pemanduan yang menjangkaui keadaan pemanduan harian biasa.
Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu berkata, sebagai salah satu pasaran paling penting bagi Zeekr di Asia Tenggara, adalah amat bersesuaian untuk Malaysia menjadi tuan rumah bagi edisi pertama Zeekr Dynamic untuk keluarga Zeekr yang semakin berkembang di rantau ini.
"Acara ini dicipta secara eksklusif bagi memberi peluang kepada pelanggan kami merasai sendiri pengalaman memandu kenderaan kami dalam suasana litar yang sebenar, di mana mereka dapat menghargai sepenuhnya prestasi, ketepatan, dan kawalan yang mentakrifkan pengalaman pemanduan Zeekr," katanya.
Pengalaman Litar
Acara ini melibatkan pemanduan di:
Pengelakan Halangan (Obstacle Avoidance) – Menunjukkan keberkesanan sistem kestabilan elektronik (ESP/ESC) dalam mengekalkan kawalan kenderaan semasa melakukan gerakan mengejut.
Laluan Slalom (Slalom Course) – Menyerlahkan ketepatan stereng, kelincahan, dan keseimbangan casis melalui navigasi kon yang dinamik.
Brek Kecemasan (Emergency Braking) – Mempamerkan prestasi dan kestabilan brek di bawah nyahpecutan berintensiti tinggi, termasuk tindak balas ABS.
Gerakan Tukar Lorong (Lane Change Manoeuvre) – Menunjukkan peralihan arah yang terkawal dengan sokongan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), termasuk Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist) dan Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning).
Konvoi Litar (Track Convoy) – Menyediakan persekitaran berkelajuan tinggi namun terkawal untuk membina keyakinan dalam peralihan pecutan dan membrek.
Latihan-latihan ini memberikan pemahaman yang jelas kepada para peserta tentang bagaimana teknologi Zeekr menyokong keselamatan, kawalan, dan prestasi pemanduan dinamik dalam keadaan dunia sebenar.
Festival Pemilik ZEEKR

Selain aksi di litar, acara ini juga direka sebagai pengalaman gaya hidup mesra keluarga, bagi memastikan penglibatan aktif untuk pemandu dan juga tetamu yang menemani mereka.
Antara aktiviti menarik termasuk:
Pasport Cabaran Litar Zeekr (Zeekr Track Challenge Passport), di mana peserta perlu menyelesaikan aktiviti untuk mengumpul setem dan menebus ganjaran.
Zon cabaran interaktif, termasuk permainan berasaskan masa tindak balas dan permainan bertemakan pemanduan jitu.
Pengalaman simulator perlumbaan, membolehkan tetamu memandu secara maya di Litar Sepang.
Zon khas untuk keluarga dan kanak-kanak, di samping trak makanan (food truck) dan kawasan hospitaliti yang mewujudkan suasana santai seperti sebuah festival.
Acara Zeekr Dynamic di SIC ini menyerlahkan komuniti pemilik Zeekr yang kukuh dan kian berkembang, selainil memperkukuh fokus jenama tersebut dalam membina hubungan yang bermakna melangkaui fasa pembelian.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zeekr 7X dan Zeekr X yang baharu di laman web Zeekr Malaysia di Instagram (@zeekrmy), Facebook (Zeekr Malaysia), TikTok (@zeekrmalaysia).
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA8527
SELANGOR
BSQ4657
JOHOR
JYX5963
PULAU PINANG
PSC6252
PERAK
APH8064
PAHANG
CFG6458
KEDAH
KGG2934
NEGERI SEMBILAN
NEK5310
KOTA KINABALU
SJS1447
KUCHING
QAB9231N
Terakhir Kemas Kini 03 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Kesilapan Besar Malaysia: Berhenti Anjur Perlumbaan F1 Di Sepang
Tindakan menghentikan penganjuran Formula Satu (F1) di Malaysia, adalah satu kesilapan besar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif.
18-08-2025
Tourism, Litar Antarabangsa Petronas Jalin Kerjasama Untuk Perkasa Pelancongan Sukan
Sempena Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 ,Tourism Selangor menjalinkan kerjasama dengan PETRONAS Sepang International Circuit (PETRONAS SIC).
16-10-2024
Perhatian! Tiket MotoGP Sudah Mula Dijual Hari Ini
SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia.
14-09-2023
SIC Ditutup, Perbaharui Homologasi FIM
Litar Antarabangsa Sepang yang sudah ditutup sejak Mac lalu sebenarnya bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan semula.
05-04-2023
Litar SIC Ditutup Sebab Jalan Diturap
Demi keselamatan pengguna, permukaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan dinaik taraf bermula pada Mac ini dan akan dibuka semula pada Mei nanti.
11-02-2023
Berita Terkini
Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr
Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!
03-06-2026
Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV
Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.
22-05-2026
Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'
Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.
19-05-2026
Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia
Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan
15-05-2026
Program CSR BYD Malaysia: Inisiatif Penanaman Pokok Light the Change dan Bantuan Kemanusiaan Sandakan
Melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Light the Change, BYD kini menterjemahkan lebih 1,200 ikrar digital orang awam kepada tindakan nyata di lapangan.
27-04-2026
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas
Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.
26-03-2026
Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?
Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.
10-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat