Kenapa Proton S70 R3 Dipilih, Proton Ada Alasan Kukuh!

Pada minggu lepas, Carz.com.my ada menyiarkan bahawa Proton S70 R3 sudah bersiap sedia untuk menyertai perlumbaan ketahanan Sepang 1000km 2024 pada November ini.
Susulan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah tampil dalam satu video ringkas yang menjelaskan apakah punca mereka memilih S70 sebagai jentera lumba baharu jenama itu.

Menurutnya, setelah tidak bertanding dalam tiga perlumbaan 1000km Sepang yang lalu, PROTON teruja untuk kembali ke grid permulaan pada 2024.
“Proton S70 R3 menandakan satu pencapaian baru bagi jenama ini apabila kita membawa model yang dibangunkan bersama Geely ke dalam persaingan buat kali pertama.
“Banyak cabaran perlu diatasi untuk sampai ke tahap ini dengan pelbagai pengubahsuaian dibuat pada kereta standard bagi memastikan ia mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Namun, terima kasih kepada pasukan R3 yang berdedikasi, kami telah berjaya mencapai matlamat bersedia untuk perlumbaan pada bulan November,” katanya.

Bagi yang tidak tahu, Proton R3 adalah bahagian sukan permotoran yang disokong oleh kilang PROTON, dengan singakatan yang bermaksud Race, Rally, Research.
Sepanjang dua dekad yang lalu, R3 telah berjaya membawa model PROTON dalam acara perlumbaan dan rali di peringkat domestik dan antarabangsa, selain menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk membangunkan kepelbagaian komponen peningkatan prestasi dan model edisi terhad untuk dijual kepada pelanggan.
Sementara itu, Proton S70 R3 adalah yang terbaha ru dalam barisan model PROTON yang dibangunkan untuk sukan permotoran.


Usaha ini bermula sebelum penubuhan R3 dan merangkumi model asal Proton Saga serta termasuk Proton Wira, Satria, Waja, Satria Neo, Preve, Suprima S, Iriz dan versi terkini Saga.
Dengan penampilan Proton S70 R3, PROTON dan bahagian sukan permotorannya menerokai bidang baru serta bertanding dengan keretanyang dibangunkan bersama Geely dan hanya setahun selepas pelancarannya di pasaran.
Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun ia merupakan kereta baharu, PROTON menyahut cabaran untuk menempatkan dua unit S70 R3 dalam perlumbaan dan bukannya menggunakan model lama yang terbukti sebagai pilihan alternatif.
“Kami bertekad untuk membuktikan kemampuan model sedan PROTON terbaru di litar perlumbaan.
“Walaupun kami menjangkakan persaingan dari pasukan yang telah aktif bertanding selama tiga tahun lepas, kami percaya bahawa pengajaran yang diperoleh dari perlumbaan akan membantu kami membina kereta yang lebih baik untuk pelanggan di masa depan,” ujarnya.
Proton S70 dikuasakan oleh enjin 1.5T yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan (DCT), ia juga dilengkapi dengan fungsi arahan suara tanda PROTON serta 13 teknologi ADAD tahap 2.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4976
SELANGOR
BSV1295
JOHOR
JH4296J
PULAU PINANG
PSH4118
PERAK
APM9627
PAHANG
CFJ4115
KEDAH
KGJ8212
NEGERI SEMBILAN
NEM5912
KOTA KINABALU
SJV1864
KUCHING
QAB219Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge