Lori Terbakar Masuk Laluan Bertentangan, Nasib Tiada Yang Terkorban

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan sebuah lori tangki terbakar meluru laju di laluan bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka itu, dua kereta dan sebuah motosikal dilihat sempat mengelak daripada terlanggar lori yang bergerak laju dalam keadaan terbakar sebelum kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, lori tangki pandu lelaki berusia 53 tahun itu gagal dikawal sebelum terlanggar Proton Saga yang berada di lorong kanan, menyebabkan kereta itu berpusing dan melintang di tengah lebuh raya.
"Selepas itu, lori tangki melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan (di tengah lebuh raya) sehingga memasuki laluan arah bertentangan dan berhenti di lorong kecemasan dalam keadaan terbakar.

"Kemalangan menyebabkan serpihan kenderaan berterabur di atas lebuh raya sebelum dua kereta lain iaitu jenis Perodua Bezza dan Mazda CX3 dari arah bertentangan terlanggar serpihan itu," katanya.
Mujur, pemandu Proton Saga iaitu seorang wanita berusia 21 tahun terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Plus Pasang Papan Tanda Sebagai Makluman Kepada Pemandu Kenderaan Berat
Kenderaan berat tidak dibenarkan berada di NKVE, ELITE dan beberapa lebuh raya lain pada waktu puncak, bermula 19 Februari ini.
10-02-2025
Akhirnya Kesesakan Di Bandar Saujana Putra SELESAI!
Jejambat itu akan dibuka pada Ahad ini.
05-07-2024
Perhatian Kepada Pengguna Lebuhraya ELITE! Ujian Penyaluran Trafik Hingga 14 Jun
Perhatian kepada para pengguna Lebuhraya ELITE!
05-06-2024
Lori Terbakar Mujur Pemandu Nekad Terjun
Punca kebakaran dikatakan mungkin disebabkan enjin kenderaan itu panas melampau.
15-01-2025
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
