- Berita
- Berita Auto
- Pop-up Dalam MyJPJ, Punca Orang Ramai Keliru, Sebenarnya Tiada Pengumuman Rasmi Pun
Pop-up Dalam MyJPJ, Punca Orang Ramai Keliru, Sebenarnya Tiada Pengumuman Rasmi Pun

Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa penggunaan MyDigital ID untuk aplikasi MyJPJ pada 10 Oktober ini dibatalkan dengan serta-merta.
Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Putrajaya sebentar tadi.
Beliau tampil membuat penjelasan memandangkan ramai yang keliru mengenai kemas kini terbaharu aplikasi MyJPJ semalam memaparkan notis (po-pup) kepada pengguna untuk mendaftar akaun MyDigital ID sebelum 10 Oktober ini.
“Saya nak tegaskan itu belum pengumuman rasmi, tapi ada maklumat yang telah disalurkan melalui pop-up MyJPJ yang telah memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai.
"Saya lihat bahawa dalam banyak komen media (sosial) yang bimbang dan memberikan maklum balas berkenaan (maklumat tersebut).

“Jadi, saya telah pun mengarahkan supaya pop-up itu diturunkan sebab itu belum ada keputusan daripada Kementerian Pengangkutan,” katanya pada siding akhbar.
Bagaimanapun, ujarnya, kementerian menyokong penggunaan MyDigital ID namun proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ perlu dibuat secara 'back-end'.
"Kita telahpun mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan supaya penggunaan MyDigital ID sebagai 'log in' kepada aplikasi MyJPJ perlu dilaksanakan dengan mudah.
"Ia supaya tidak memberikan apa-apa masalah kepada pihak pengguna MyJPJ dan kita akan mengambil sedikit masa untuk pengintegrasian secara 'back-end'," katanya.
Media sebelum ini melaporkan pengguna MyJPJ perlu mendaftar masuk aplikasi itu menggunakan MyDigital ID bermula 10 Okt ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Scammer Hantar SMS Batalkan Lesen Memandu Untuk Perdaya Mangsa
JPJ meminta orang ramai tidak terpedaya jika menerima SMS daripada MyJPJ.
05-03-2025
Jika Lesen, Geran Hilang Atau Rosak, Mangsa Banjir Tidak Perlu Buat Semula
Mangsa banjir tidak perlu ganti lesen atau geran rosak kerana semua dokumen terbabit boleh diakses dalam aplikasi MyJPJ.
09-12-2024
Perhatian Buat Pengguna MyJPJ, Anda Kini WAJIB Pula Daftar MyDigital ID, Apa Pula MyDigital ID?
Rakyat Malaysia kini diwajibkan untuk mempunyai akaun MyDigital ID bagi tujuan log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ mulai 10 Oktober ini.
02-10-2024
Ramai Suka Bayar Online, 12.7 Pengguna Sudah Muat Naik MyJPJ
MyJPJ baru sahaja diperkenalkan pada Jun lalu.
15-08-2024
Sijil Pemilikan Kenderaan Kini Dipaparkan Dalam Aplikasi MyJPJ
Aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin hari semakin membuktikan keberkesanannya.
08-08-2024
Aplikasi MyJPJ Kini Terima Pembayaran Melalui FPX
JPJ mengumumkan bahawa aplikasi mudah alih MyJPJ kini menerima pembayaran melalui FPX.
05-06-2024
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge