Xiaomi SU7 Ultra Menggerunkan Porsche Taycan Turbo GT – Hampir 4,000 Unit Ditempah Dalam 10 Minit

Xiaomi SU7 Ultra versi prototaip baru-baru ini telah membuat pencapaian menakjubkan apabila berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas bagi sebuah model sedan empat pintu iaitu 6:46.874 pada 24 Oktober lalu.
-full_normal.jpg)
Dari prototaip yang hebat ini, model produksi dihasilkan, namun prestasinya tidaklah semantap versi yang telah diuji di litar Nürburgring kerana model untuk pengeluaran besar-besaran ini mempunyai berat lebih tinggi, 1,900 kg kerana tidak menggunakan gentian karbon yang ringan.
Model produksi yang telah dimulakan pra-jualannya di China ini dijual daripada harga RMB814,900 (kira-kira RM500,000).
Reka Bentuk Sporty & Prestasi Berteknologi Tinggi

Xiaomi SU7 Ultra merupakan sebuah sedan elektrik yang diberikan pelbagi elemen aerodinamik. Model yang telah dipertontonkan di KLCC ini cukup menyerlah dengan gaya badan yang sporty. Dari segi dimensi, sedan ini berukuran 5,115 mm panjang, 1,970 mm lebar dan 1,465 mm tinggi dengan jarak roda 3,000 mm.


Untuk memastikan kereta kekal stabil walau dipandu laju, sudut belakang sedan ini diberikan spoiler yang besar dengan ukuran 1,560 mm dan juga diffuser aktif yang menghasilkan downforce 265 kg.
Dari sudut tepi, model ini dipasangkan dengan rim 21 inci bersama tayar Pirelli P Zero 5 untuk cengkaman dan prestasi yang baik.
Kabin Premium Bergaya Sporty


Aura sporty SU7 Ultra turut terserlah di ruang kabinnya dengan ciri seperti tali pinggang berwarna kuning, stereng, tempat duduk dan panel dalaman yang dibaluti Alcantara. Kemewahan ruang kabin diserlahkan lagi dengan aksen gentian karbon pada ambang pintu, konsol tengah dan cermin pandang belakang.
Prestasi dan Keupayaan Pengecasan Pantas

SU7 Ultra dikuasakan oleh bateri 93.7 kWj CATL Qilin 2.0 yang menyokong pengecasan pantas DC 5.2C. Bateri ini boleh dicas dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 11 minit menggunakan input pengecasan DC sekitar 490 kW.
Menggunakan tiga motor, kuasa yang mampu dihamburkannya mencecah 1,138 kW (1,526 hp) dan tork 1,770 Nm. Ini membolehkan SU7 Ultra memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 1.98 saat dan 0-200 km/j dalam 5.86 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 350 km/j.
Sistem Brek Canggih untuk Prestasi dan Keselamatan Maksimum

Dari segi keselamatan, SU7 Ultra dilengkapi sistem brek Akebono dengan angkup 6 piston di hadapan dan 4 piston di belakang, yang menggenggam rotor seramik karbon terbesar yang pernah dilihat pada kereta sport, berukuran 430 mm x 40 mm di hadapan dan 410 mm x 32 mm di belakang. Ini membolehkan SU7 Ultra berhenti sepenuhnya dalam jarak 30.8 meter dengan suhu brek yang boleh mencapai hingga 1,300°C.
Pesaing Sengit Porsche Taycan Turbo GT
Semasa pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, memaklumkan bahawa SU7 Ultra disasarkan untuk bersaing dengan model berprestasi tinggi seperti Porsche Taycan Turbo GT. Xiaomi juga melaporkan pencapaian pra-jualan yang mengagumkan, dengan 3,680 unit ditempah dalam masa hanya 10 minit selepas pembentangannya baru-baru ini. Goldman Sachs meramalkan Xiaomi dapat mencapai jumlah jualan keseluruhan SU7 Ultra sekitar 4,000 unit pada tahun 2025.
Kejayaan Model Standard Xiaomi SU7 Menyokong Keyakinan Pasaran
Sebagai perbandingan, sedan Xiaomi SU7 telah mencapai kejayaan tersendiri dengan lebih 20,000 unit diserahkan kepada pelanggan pada bulan Oktober sahaja, dengan sasaran jualan yang tinggi iaitu sebanyak 120,000 unit menjelang akhir tahun ini.
Sumber: CNC
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge