ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Zeekr 009: Pesaing Alphard, Vellfire Dah Sampai, Ada 2 Varian, Harga BAWAH RM370K Sahaja!

Suhana Veru

Kongsi melalui
image.png

Selain Zeekr X didedahkan semalam, sebuah MPV mewah iaitu Zeekr 009 turut ditayangkan kepada umum di Sunway Pinnaccle, Subang Jaya.

Zeekr 009 yang didatangkan dalam dua varian: Luxury hadir dengan konfigurasi  7 tempat duduk manakala Ultra Luxury  pula hadir barisan enam tempat duduk.

MPV yang cukup mewah ini dijual pada harga di bawah RM370,000 dan dikatakan adalah antara model pesaing terdekat buat Toyota Alphard dan Vellfire.

Malah, harga mereka juga lebih mahal berbanding dengan 009. 

image.png

Begitupun, Zeekr 009 dibina berdasarkan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely.

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 5,209mm (panjang), 2,024mm (lebar), 1,856mm (tinggi) manakala jarak roda pula, 3,205mm.

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan gril hadapan yang cukup menarik manakala   manakala pemegang pintunya pula dilihat bersambungan dari pintu hadapan ke belakang.

image.png

Bercakap mengenai kabinnya, ia dilengkapi skrin tengah bersaiz 15.05-inci, ada paparan head up realiti terimbuh (AR) 35.95-inci dan skrin bumbung OLED 17-inci.

Malah, MPV ini agak luar biasa memandangkan ia didatangkan dengan  sistem audio Yamaha 30 pembesar suara, pengecasan peranti pintar tanpa wayar 50W, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sembilan port USB-C.

Antara yang menarik perhatian ialah mengenai tempat duduknya.

IMG-20241008-WA0086.jpg

Difahamkan, kedua-dua varian hadir dengan tempat duduk eksekutif bagi barisan kedua, tetapi tempat duduk varian Luxury agak besar sedikit.

Sementara itu, tempat dudukunya boleh dilaraskan secara berkuasa dan didatangkan dengan  fungsi ventilasi dan mengurut .

Ketika penulis duduk di dalam varian enam tempat duduk, kerusi penumpang barisan kedua didatangkan dengan meja yang boleh dilipat namun ia kedudukannya agak tersorok. peti sejuk selain terdapat perehat tangan.

Malah, kedua-dua varian didatangkan dengan upholstery kulit Nappa.

IMG-20241008-WA0083.jpgIMG-20241008-WA0082.jpg

Mengenai trenkuasannya, Zeekr 009 dilengkapi dengan dua motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 450 kW dan tork 693 Nm.

Walaupun saiznya besar, 009 boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.5 saat,

Ini tidak bermakna, walaupun besar ia tidak boleh memecut seperti kereta sports.

Dari segi pengecasan, Zeekr 009 menyokong pengecasan  AC sehingga 11 kW manakala pengecas pantas DC pula berkapasiti 150 kW.

Ini membolehkan baterinya boleh dicas  dari 10-80% dicapai dalam masa 30 minit manakala dengan pek bateri berkapasiti 116kWh, ia memberikan jarak gerak sehingga 582km .

IMG-20241008-WA0076.jpg

Menyebut mengenai ciri keselamatannya pula, ia cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan seperti Kawalan pengekalan tengah lorong (LCC), Kawalan jelajah adaptif (ACC), Sokongan mitigasi pelanggaran hadapan (CMSF) dan belakang (CMSR), Sistem pengelakan lorong dan Pengesanan titik buta (BSD).

Terdapat juga Amaran bukaan pintu, Sistem pemantauan prestasi pemandu (DPM), Brek kecemasan parkir dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, Zeekr 009 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White Pearl.

Apapun, Zeekr 009 juga masih belum dilancarkan secara rasmi namun ia sudah boleh ditempah.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9142

SELANGOR

BSQ9127

JOHOR

JYB375

PULAU PINANG

PSD1837

PERAK

APJ3044

PAHANG

CFG8104

KEDAH

KGG5684

NEGERI SEMBILAN

NEK6829

KOTA KINABALU

SJS4605

KUCHING

QAB221P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

02-02-2026
Global

21-01-2026
Global

09-01-2026
Global

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025
Teknologi

25-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.