ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Auto Guangzhou 2024: EV Nissan N7 Diperkenalkan, Hadir Dengan Teknologi AI

Sofea Najmi

Kongsi melalui

241115-01-j_003-source.jpg


Kenderaan elektrik (EV) pertama yang dibangunkan hasil kerjasama antara Nissan dan Dongfeng Motor Group, Nissan N7, baru-baru ini telah dipamerkan di pameran automotif, Auto Guangzhou 2024. 


Reka Bentuk Aerodinamik 


a0910018gy1hvmv5atfykj24eo3b0hdv-(1).jpg


Nissan N7 diberikan pelbagai elemen aerodinamik di samping sentuhan klasik V-Motion Nissan. Dari segi ukuran, model ini memiliki panjang 4,930 mm, lebar 1,895 mm, tinggi 1,487 mm dan  jarak roda 2,915 mm. 


241115-01-j_004-source.jpg241115-01-j_002-source.jpg


Ciri utama reka bentuknya termasuk pintu tanpa bingkai, pemegang pintu yang terbenam, serta kadar rintangan angin serendah 0.208 Cd. Menambahkan keunikan EV ini ialah kehadiran sistem pencahayaan LED 710 unit di bahagian depan dan kluster lampu belakang OLED 882 unit, serta pencahayaan interaktif yang menghubungkan bahagian depan dan belakang secara harmoni.  


Teknologi Kabin yang Inovatif


1cb1e067-993c-4e11-8239-3c269b6be169.jpg


Kokpit EV N7 dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295P dengan RAM 32GB dan storan 256GB. Model ini menampilkan algoritma teras AI adaptif pertama dalam industri yang memastikan posisi tempat duduk paling selesa semasa memandu. Teknologi ini menggunakan kemampuan pembelajaran berterusan dan kemas kini over-the-air (OTA). 


Tempat duduk “zero-pressure cloud blanket” dilengkapi 49 sensor yang mengesan perubahan tekanan tubuh. Tempat duduk ini boleh menyesuaikan sokongan belakang, pinggang dan kaki secara automatik secara langsung untuk keselesaan maksimum.


Sistem Pemanduan Pintar


Nissan N7 turut hadir dengan sistem pemanduan pintar tertinggi yang dibangunkan bersama Dongfeng Nissan dan Momenta. Antara ciri utamanya ialah teknologi pemanduan autonomi Navigate on Autopilot (NOA) untuk kelajuan tinggi (high-speed) dan city memory pilot. Bagaimanapun tahap autonominya di kawasan bandar masih belum didedahkan secara terperinci.  Sistem ini turut menyokong ciri parkir automatik yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi. 


Cabaran Pasaran


Walaupun spesifikasinya mengagumkan, Nissan N7 perlu bersaing dengan pengeluar EV terkenal lain seperti BYD, XPeng, Zeekr dan NIO yang mendominasi pasaran EV di China. Pada pendapat anda, adakah model ini mampu memberikan saingan yang sengit? Ataupun bakal menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan jenama lain yang lebih terkenal?

Sumber: Car News China

 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1817

SELANGOR

BST1296

JOHOR

JC8435J

PULAU PINANG

PSE9277

PERAK

APK8472

PAHANG

CFH5129

KEDAH

KGH6528

NEGERI SEMBILAN

NEL5286

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

22-12-2025
Global

22-12-2025
Global

19-12-2025
Global

18-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025

Berita Terkini

EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026
EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
EV

Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.

06-08-2026
EV

Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.

04-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.