Sedan Elektrik Denza Z9 Buat Kemunculan Sulung Di Auto Guangzhou 2024

Auto Guangzhou 2024 yang kini sedang berlangsung sehingga 24 November akan datang menyaksikan beberapa model terbaru dipamerkan dan salah satunya ialah Denza Z9, sedan elegan yang dibangunkan berdasarkan wagon Z9 GT keluaran subjenama mewah BYD, Denza.
Reka Bentuk Luar Denza Z9


Denza Z9 mengekalkan banyak elemen reka bentuk dari versi wagon tetapi kini dengan bentuk badan sedan. Antara ciri yang menyerlah pada model ini ialah lampu LED depan dan belakang yang direka halus, bonet depan yang panjang, serta spoiler aktif yang diintegrasikan dengan pintu but belakang.

Dimensi sedan ini hampir sama dengan Z9 GT, dengan panjang 5,220 mm, lebar 1,990 mm, tinggi 1,500 mm dan jarak roda 3,125 mm untuk versi elektrik penuh (BEV). Versi hibrid plug-in (PHEV) pula lebih besar dengan ukuran panjang 5,235 mm kerana reka bentuk bampar depan yang berbeza.
Kabin Mewah yang Sarat dengan Teknologi Tinggi


Dengan jarak roda yang panjang, Denza Z9 menawarkan ruang dalaman yang luas, lengkap dengan kemewahan dan teknologi terkini. Bahagian depan dipasangkan dengan skrin infotainmen 17.3 inci, panel instrumen digital 13.2 inci dan papar pandu AR sebesar 50 inci. Turut disediakan ialah pad pengecas tanpa wayar 50 W. Model ini menggunakan tombol penukar gear gaya kolum.


Keselesaan penumpang belakang tidak diabaikan kerana tempat duduk di barisan tempat duduk kedua ini boleh dilaraskan secara automatik kepada 8 arah serta lengkap dengan perehat kaki. Kemudahan lain yang disediakan adalah termasuk dua skrin infotainmen 12.3 inci, pendingin hawa khas, peti sejuk, serta meja untuk setiap penumpang.
Trenkuasa & Prestasi Denza Z9


Denza Z9 hadir dalam dua varian iaitu BEV dan PHEV. Versi elektrik penuh menggunakan platform BYD e-Platform 3.0 Evo dengan tiga motor yang menghasilkan 952 hp (710 kW). Baterinya yang berkapasiti 100 kWj menggunakan teknologi ‘Blade’ dan menawarkan jarak perjalanan sehingga 630 km berdasarkan piawaian CLTC.
Sementara itu, versi PHEV menggunakan enjin petrol 2.0 liter turbo dengan sistem tiga motor yang memberikan output gabungan sebanyak 858 hp (640 kW). Dengan bateri 38.5 kWj, Z9 PHEV mampu mencapai jarak EV sejauh 210 km dan jarak maksimum gabungan hingga 1,100 km.
Harga & Pasaran Denza Z9

Penghantaran Denza Z9 kepada pelanggan di China akan dimulakan pada bulan depan, dengan harga bermula dari CNY 334,800 (~RM206,689) untuk model PHEV dan CNY 354,800 (~RM219,036) untuk model BEV. Buat masa ini, masih tiada maklumat mengenai pelancaran di pasaran antarabangsa. Namun, besar kemungkinan Z9 akan mengikuti jejak versi wagonnya.
Baca: Dilancar: Negara Sebelah Dah Dapat Denza D9, Malaysia Dapat Tahun Depan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY2951
SELANGOR
BSQ1645
JOHOR
JYW7853
PULAU PINANG
PSC3526
PERAK
APH5023
PAHANG
CFG5329
KEDAH
KGF9884
NEGERI SEMBILAN
NEK4282
KOTA KINABALU
SJR9760
KUCHING
QAB7695N
Terakhir Kemas Kini 21 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
BYD Capai Pengeluaran 10 Juta Unit NEV Dengan Denza Z9 – Terbanyak Di Dunia
BYD baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-30 syarikatnya dengan pencapaian luar biasa apabila berjaya mengeluarkan kenderaan tenaga baharu (NEV) unit yang ke-10 juta, sebuah Denza Z9.
19-11-2024
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
BYD Capai Pengeluaran 13 Juta Model NEV!
Pengeluar automotif China, BYD, sekali lagi mencatatkan sejarah dengan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) unit ke-13 juta.
22-07-2025
Denza Buat Kejutan Pada Media, Tayang Denza Z9 GT
Denza Z9 GT kelihatan serupa dengan Porsche Panamera.
20-02-2025
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
EV Konsep Toyota bZ7 Didedahkan Di Auto Guangzhou 2024 – Gaya Moden Yang Menyerlah
Toyota telah memperkenalkan kereta konsep terbarunya, sebuah kenderaan elektrik (EV), sedan Toyota bZ7 semasa acara Auto Guangzhou 2024.
22-11-2024
Berita Terkini
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat